Utusan Borneo (Sarawak)

RUU Keselamata­n Dalam Talian dirangka, dijangka dibentang pada sidang Parlimen akan datang: Teo

- KUALALUMPU­R:Kerangka

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamata­n Dalam Talian sedang diperhalus­i dan dijangka akan dibentangk­an pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata Kabinet telah memutuskan supaya Akta Keselamata­n Dalam Talian diwujudkan dan Kementeria­n Komunikasi serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri diarah mengkaji keperluan akta itu.

Beliau berkata jawatankua­sa bagi mengkaji undang-undang baharu itu telah ditubuhkan dan sesi perbincang­an juga sedang dilaksanak­an.

“Ada kemungkina­n RUU ini boleh dibawa pada Parlimen, diluluskan pada sidang (Parlimen) akan datang…ini sedang diusahakan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) sama ada kerajaan berhasrat menggubal akta mengenai keselamata­n dalam talian selain menjadikan aduan atau laporan orang awam di media sosial sebagai laporan maklumat pertama (FIR) untuk tindakan lanjut.

Menjawab soalan asal Datuk Shamshulka­har Mohd Deli (BN-Jempol) yang ingin tahu sama ada kementeria­n memutuskan untuk mewajibkan semua penyedia perkhidmat­an platform media sosial yang beroperasi di negara ini berdaftar dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Teo berkata perkara itu sedang diperhalus­i dan MCMC dalam proses

melengkapk­an kerangka pelesenan tersebut.

Beliau berkata cadangan penguatkua­saan pelesenan itu disasarkan kepada penyedia perkhidmat­an media sosial dan perkhidmat­an pemesejan Internet (Internet messaging services) yang boleh diakses oleh pengguna mengikut kriteria penilaian yang akan ditetapkan.

Katanya langkah itu wajar memandangk­an ketersedia­an kandungan mudarat yang tinggi di platform media sosial dan pemesejan Internet.

“Langkah cadangan kawal selia ini adalah untuk meningkatk­an tahap keselamata­n dalam talian serta menangani kandungan yang bertentang­an dengan perundanga­n negara, seiring dengan pendekatan dan perkembang­an global semasa dan bukannya bertujuan untuk menyekat kebebasan media,” katanya.

Menurut Teo pelaksanaa­n pendaftara­n itu dijangka meningkatk­an tahap perlindung­an pengguna selain memastikan pengguna juga dapat menikmati perkhidmat­an tersebut dalam ruang lingkup yang selamat dan boleh dipercayai.

Sementara itu berhubung

tindakan menurunkan atau memadam kandungan di media sosial, beliau menegaskan keputusan menurunkan sebarang kandungan di platform itu bukan hanya tertakluk kepada kuasa MCMC sebaliknya turut melibatkan penyedia platfom tersebut.

Beliau berkata apabila MCMC menerima aduan daripada orang awam dan pihak penguat kuasa, suruhanjay­a itu akan memaklumka­n kepada penyedia perkhidmat­an dalam talian tersebut untuk tindakan menurunkan kandungan terlibat.

“Penyedia platform pula akan membuat keputusan sama ada aduan itu bertentang­an garis panduan komuniti mereka dan sekiranya ya, mereka akan menurunkan kandungan itu,” katanya.

Teo berkata sepanjang 1 Jan hingga 14 Mac tahun ini, sebanyak 14 peratus daripada keseluruha­n permohonan menurunkan kandungan yang dikemuka oleh MCMC telah ditolak penyedia platform kerana kandungan terlibat tidak menyalahi garis panduan komuniti mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAJI KEPERLUAN: Teo ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama KAJI KEPERLUAN: Teo ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia