Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelesai­an sempadan maritim tidak jejas kedaulatan negara

Kerajaan tidak pernah dan tidak akan sama sekali ambil ringan buat keputusan melibatkan isu kedaulatan negara: Mohamad

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa setiap keputusan dalam penyelesai­an persempada­nan maritim Malaysia dengan negara jiran yang dibuat dan dipersetuj­ui, tidak akan menjejaska­n kedaulatan dan kepentinga­n negara, demikian Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata kerajaan tidak pernah dan tidak akan sama sekali mengambil ringan dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan isu kedaulatan negara.

Beliau berkata, langkah pemeteraia­n perjanjian persempada­nan maritim hanya dipersetuj­ui setelah mengambil kira elemen penyelesai­an yang dicapai secara bersama dengan sesebuah negara berdasarka­n prinsippem­batasansem­padan maritim dengan justifikas­i perundanga­n dan teknikal yang kukuh.

“Kerajaan tidak akan berganjak atau berkomprom­i dalam isu ini. Bagi menyelesai­kan isu persempada­nan Malaysia yang tertunggak bersama negara-negara lain, kerajaan kekal komited melaksanak­an rundingan untuk menghasilk­an penyelesai­an yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak.

“Hal ini penting bagi memastikan bukan sahaja kedaulatan negara terjamin malah hubungan diplomatik antara Malaysia dan negaranega­ra tersebut juga kekal terpelihar­a,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan

Kerajaan tidak akan berganjak atau berkomprom­i dalam isu ini. Bagi menyelesai­kan isu persempada­nan Malaysia yang tertunggak bersama negara-negara lain, kerajaan kekal komited melaksanak­an rundingan untuk menghasilk­an penyelesai­an yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak.

Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang bertanya mengenai senarai perjanjian persempada­nan maritim yang telah ditandatan­gani kerajaan sehingga kini serta tindakan susulan yang diambil.

Mengulas lanjut Mohamad berkata setakat ini kerajaan telah menandatan­gani sembilan perjanjian persempada­nan maritim dengan pelbagai negara jiran dan terbaharu dua triti

persempada­nan maritim bersama Indonesia berjaya dimeterai.

Ia melibatkan triti antara Malaysia dengan Indonesia yang berkaitan dengan Persempada­nan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Kawasan Paling Selatan Selat Melaka (Triti Selat Melaka) dan triti antara Malaysia dengan Indonesia yang berhubunga­n dengan Persempada­nan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Laut Sulawesi (Triti Laut Sulawesi).

“Kedua-dua triti ini telah ditandatan­gani pada 8 Jun 2023 di Seri Perdana, Putrajaya dan kesemua perjanjian atau triti ini sedang dikuatkuas­akan dan dilaksanak­an oleh kerajaan,” katanya. — Bernama

Datuk Mohamad Alamin Timbalan Menteri Luar

 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA KOMPROMI: Mohamad ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama TIADA KOMPROMI: Mohamad ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia