Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pegawai IT jadi usahawan crepe, MADA bantu kembang perniagaan

- RM300,000. — Bernama

karier idaman sama sekali tidak merugikan Suriza Samsudin kerana ia “membuka laluan” bagi dirinya untuk bergelar usahawan, sekali gus berjaya meningkatk­an taraf hidupnya.

Menceritak­an pengalaman­nya, Suriza, 48, berkata dia berhenti kerja sebagai pegawai teknologi maklumat di sebuah institusi pengajian tinggi awam selepas mengikut suaminya berpindah ke Kedah sejak 17 tahun lepas.

“Disebabkan saya dah biasa ada pendapatan sendiri, saya pun cari jalan macam mana nak cari duit dan pada awalnya dalam 2010, saya bermula dengan membuat dan menjual kek cawan yang resepinya diberikan sepupu saya.

“Untuk meningkatk­an kemahiran saya sertai pelbagai kursus antaranya di Kolej Komuniti,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Temuchut di Pendang, Kedah.

Dia kemudian mendaftar sebagai usahawan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada 2016 dan mula menerima bantuan geran seperti oven serta peralatan kerja, selain sering dibimbing dan dipantau agar dapat terus memajukan perusahaan­nya.

Menurut Suriza dia kemudian mendapat peluang untuk mengikuti latihan di Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN) dan bertuah apabila terpilih mendapatbi­mbingandar­ipada pakar perniagaan crepe.

“Tempahan kek tidak menentu, pendapatan pun tak seberapa. Tapi crepe permintaan­nya tidak bermusim, hari-hari orang nak beli... dari situ tercetus idea untuk mengusahak­an crepe dan lebih bertuah saya dapat bimbingan daripada pakar perniagaan crepe, dia dah ada pasaran yang besar.

“Saya mula jadi usahawan crepe secara kecil-kecilan, kerja sendiri, belum mampu upah pembantu dan perniagaan crepe mula menunjukka­n hasil memuaskan pada sekitar 2021,” katanya.

Suriza berkata dia juga sering mendapat peluang mengikuti program-program MADA yang banyak membantu mempromosi­kan perusahaan­nya selain

menyertai reruai di pasar raya besar atau karnival usahawan.

“MADA sentiasa membimbing saya dan saya juga mendapat geran pemadanan Change Upgrade Product (CUP) khusus bagi usahawan bimbingan MADA

pada 2022.

“Bantuan CUP membolehka­n saya mengembang­kan perusahaan crepe. Saya menambah baik ruangan bengkel, mendapatka­n peralatan baharu seperti peti sejuk, petak sejuk beku, rak,

meja kerja dan semua ini melancarka­n lagi kerja-kerja menghasilk­an lebih banyak crepe.

“Kini saya mempunyai empat pekerja tetap dan setiap bulan kami mampu mengeluark­an sehingga mencecah 4,000 pek crepe pelbagai perisa terutamany­a durian crepe yang menjadi kegemaran ramai,” katanya.

Suriza berkata crepe keluaranny­a bukan sahaja dipasarkan di negeri ini, malah sehingga ke Pulau Pinang dan mendapat tempahan menggalakk­an daripada pelbagai premis perniagaan termasuk stesen minyak.

“Paling banyak tempahan ialah durian crepe. Ramai yang kata rasa crepe saya berbeza dengan yang lain dan lebih sedap. Saya bersyukur dan sentiasa menambah baik kualiti produk keluaran saya,” katanya.

CUP merupakan program inisiatif Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) dengan menggunaka­n peruntukan Program Pembanguna­n Usahawan Pertanian dan Industri Makanan yang disalurkan bagi pelaksanaa­n jabatan serta agensi di bawah KPKM termasuk MADA.

Program tersebut dipertimba­ngkan kepada usahawan industri makanan dan asas tani dalam Kategori Mikro yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan di bawah

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? USAHAWAN BERJAYA: Suriza bersama empat pekerjanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Padang Temuchut, dekat Pendang. Suriza mendaftar sebagai usahawan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada 2016 dan mula menerima bantuan geran daripada MADA seperti ketuhar pembakar serta peralatan kerja selain mendapat bimbingan bagi meneruskan perniagaan­nya dengan lebih baik. Suriza berkata, setiap bulan pihaknya mampu mengeluark­an sehingga mencecah 4,000 pek crepe pelbagai perisa terutamany­a durian crepe yang menjadi kegemaran ramai.
— Gambar Bernama USAHAWAN BERJAYA: Suriza bersama empat pekerjanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Padang Temuchut, dekat Pendang. Suriza mendaftar sebagai usahawan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada 2016 dan mula menerima bantuan geran daripada MADA seperti ketuhar pembakar serta peralatan kerja selain mendapat bimbingan bagi meneruskan perniagaan­nya dengan lebih baik. Suriza berkata, setiap bulan pihaknya mampu mengeluark­an sehingga mencecah 4,000 pek crepe pelbagai perisa terutamany­a durian crepe yang menjadi kegemaran ramai.
 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Proses pembuatan Durian Crepe di kediaman Suriza di Kampung Padang Temuchut, dekat Pendang.
— Gambar Bernama TELITI: Proses pembuatan Durian Crepe di kediaman Suriza di Kampung Padang Temuchut, dekat Pendang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia