Utusan Borneo (Sarawak)

Skim baharu penstruktu­ran beras padi negara diumum dalam masa terdekat

-

Skim baharu penstruktu­ran beras dan padi negara akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas kerajaan selesai mendapatka­n pandangan semua pihak menerusi sesi libat urus yang sedang diadakan.

Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata skim penstruktu­ran itu perlu bagi memperbany­akkan bekalan kerana pengeluara­n beras putih tempatan hanya 62 peratus di negara ini dengan 50 peratus diedarkan untuk pasaran.

“Ini merupakan penyusunan jangka masa panjang kerana masalah (bekalan) beras putih ini akan tetap bermasalah selagi kita tidak cukupkan beras di Malaysia. Sebab itu, semua pihak termasuk Ahli-Ahli Parlimen akan dilibatkan dalam sesi libat urus agar mereka boleh memberikan pandangan.

“Ini adalah masalah negara, bukan masalah parti atau masalah kaum tetapi masalah negara yang menuntut penyelesai­an bersama kerana siapa sangka musim panas yang mendadak pada tahun ini misalnya boleh menyebabka­n kekurangan hasil,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu langkah luar biasa yang akan dilakukan kerajaan bagi mengatasi isu kekurangan beras putih tempatan di pasaran ketika ini.

Mohamad berkata mengikut perancanga­n, kementeria­n berhasrat untuk membuka ladang-ladang baharu di Sarawak, Sabah, Johor, Perak dan Pahang untuk memperbany­akkan lagi bekalan beras putih dalam negara.

“… sebab kalau tidak dan nak dijual dengan harga yang sedia ada, akan berlaku berbagai-bagai tuduhan yang mengatakan ada beras campur dan sebagainya. Jadi permasalah­an ini berterusan tapi kita bukan nak lihat perkara ini (tumpu masalah saja) sebaliknya kita kena cari jalan penyelesai­an yang boleh melegakan semua pihak,” katanya.

Menjawab soalan tambahan dari Isnaraissa­h Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) yang ingin tahu sama ada kerajaan merancang untuk memberikan wang pesawah yang terkesan dengan musim panas dan kering di Kota Belud dan Papar ketika ini, Mohamad berkata perkara itu tertakluk kepada penilaian jawatankua­sa penilaian Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP).

“Kadar bantuan diberikan kepada pesawah menerusi TBTP ini adalah sebanyak RM876 per hektar dengan jumlah maksimum bantuan kepada pesawah yang layak adalah terhad kepada kawasan musnah seluas tiga hektar.

“Tahun lalu, sebanyak RM12 juta telah disalurkan dan untuk Sabah, ia (pemberian bantuan) melibatkan kawasan seluas 219 hektar khususnya di Kota Belud,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB PERSOALAN: Mohamad ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama JAWAB PERSOALAN: Mohamad ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia