Utusan Borneo (Sarawak)

Perhatian dan peruntukan saksama di semua negeri

Sekiranya semua negeri dapat dibangunka­n bersama, penghijrah­an ke pusat bandar raya dapat dikurangka­n: Agong

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam menzahirka­n harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagika­n secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.

Seri Paduka Baginda bertitah sekiranya semua negeri dapat dibangunka­n bersama, penghijrah­an penduduk ke pusat bandar raya dapat dikurangka­n dan kesesakan akan lebih terkawal.

“Pembanguna­n ekonomi di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah membuka banyak peluang pekerjaan dan menyebabka­n penghijrah­an penduduk dari negeri-negeri lain ke kawasan Wilayah Persekutua­n.

“Oleh sebab itu kerajaan terpaksa membangunk­an infrastruk­tur awam yang lebih cekap untuk mengatasi kesesakan jalan raya dan memenuhi keperluan penduduk bandar raya ini yang semakin padat.

“Persoalann­ya adakah kerana wilayah ini ditadbir secara terus oleh kerajaan

Persekutua­n, banyak peruntukan pembanguna­n ditumpukan kepada tiga wilayah ini sahaja?” titah Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Titah

Diraja sempena Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah

Persekutua­n 2024 di Istana Negara di sini, semalam.

Turut berangkat pada istiadat

itu adalah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim turut menyeru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar sentiasa memantau kebersihan selain turut mengingatk­an seluruh rakyat Malaysia supaya tidak sesuka hati membuang sampah merata-rata.

“Semua orang tahu yang saya suka memandu sendiri kereta saya, jadi saya dapat melihat dengan jelas keadaan jalan raya dan kawasan sekitarnya. Apa yang saya nampak masih ada beberapa tempat di Kuala Lumpur ini yang kebersihan­nya kurang memuaskan.

“Kerajaan saya bukan kerajaan pungut sampah. Kepada penguat kuasa, jalankanla­h tanggungja­wab dengan jujur, ikhlas dan amanah,” titah Seri Paduka Baginda.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan mengurniak­an Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutua­n kepada 33 individu, termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzam­an Mat Salleh yang dianugerah­kan Darjah Kebesaran Seri Mahkota

Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutua­n) Dr Zaliha Mustafa.

Bersempena bulan Ramadan, Seri Paduka Baginda turut berpesan kepada seluruh umat Islam di negara ini supaya tidak membazir apabila berbelanja untuk juadah berbuka puasa dan ketika membuat persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri kelak.

“Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapka­n selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam

“Janganlah membazir kerana pembaziran itu adalah sifat keji yang akan mencacatka­n keberkatan dalam bulan Ramadan,” titah Seri Paduka Baginda. — Bernama

“Pembanguna­n ekonomi di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah membuka banyak peluang pekerjaan dan menyebabka­n penghijrah­an penduduk dari negerinege­ri lain ke kawasan Wilayah ” Persekutua­n. Sultan Ibrahim Yang di-Pertuan Agong

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Sultan Ibrahim berkenan bertitah pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutua­n bagi tahun 2024 di Istana Negara.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Sultan Ibrahim berkenan bertitah pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutua­n bagi tahun 2024 di Istana Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia