Utusan Borneo (Sarawak)

MOT tidak terima inisiatif dana hasil jualan nombor pendaftara­n kenderaan

-

Kementeria­n Pengangkut­an tidak menerima inisiatif dana daripada hasil penjualan nombor pendaftara­n kenderaan, sebaliknya kesemua hasil kutipan jualan itu disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata jumlah kutipan keseluruha­n daripada jualan nombor pendaftara­n kenderaan bagi tahun 2023 ialah RM311.8 juta, termasuk penjualan nombor pendaftara­n istimewa (NPI) berjumlah RM21 juta.

Penjualan NPI bermula pada 2019, manakala tawaran bidaan melalui NPI bermula pada tahun 2023 dengan nombor siri M_M.

“Walau bagaimanap­un, bagi tahun 2024 seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri semasa pembentang­an Belanjawan 2024, sebahagian penjualan NPI akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampu­an,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnai­n Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu kutipan hasil daripada tawaran bidaan NPI dan perincian inisiatif yang telah dilaksanak­an kementeria­n, dengan menggunaka­n hasil kutipan NPI sejak tahun 2018 sehingga 2023.

Loke berkata menerusi sebahagian penjualan NPI itu, kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi, yang memberi manfaat kepada lebih 40,000 belia daripada keluarga yang kurang berkemampu­an.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 100,000 topi keledar termasuk topi keledar kanakkanak dapat dibekalkan dan diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu.

“Ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu terutama di Sabah, Sarawak dan Labuan, serta inisiatif pembiayaan Perkeso (Pertubuhan Keselamata­n Sosial) kepada hampir 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan pemandu bas sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Loke turut memaklumka­n kementeria­n baru-baru ini telah memperkena­lkan NPI untuk siri GOLD, dengan jumlah kutipan bagi siri itu setakat ini berjumlah RM17 juta.

“Seperti Yang Berhormat telah maklum, nombor siri GOLD1 telah dibida oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nilai RM1.5 juta, menyumbang kepada hasil kerajaan.

Separuh daripada hasil tersebut dikembalik­an kepada Kementeria­n Pengangkut­an bagi tujuan pelaksanaa­n inisiatif seperti yang dinyatakan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai isu penipuan melibatkan penjualan nombor pendaftara­n kenderaan di media sosial, beliau mengingatk­an orang ramai supaya hanya membida nombor pendaftara­n kenderaan daripada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan tidak membeli dari pihak ketiga, terutamany­a di laman media sosial bagi mengelakka­n kes penipuan.

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB PERTANYAAN: Anthony Loke ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidanga­n Dewan Negara di Bangunan Parlimen, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB PERTANYAAN: Anthony Loke ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidanga­n Dewan Negara di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia