Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Utara hantar 7,000 kontena senjata ke Rusia: Korea Selatan

-

Korea Utara telah menghantar kira-kira 7,000 kontena senjata ke Rusia untuk digunakan dalam operasi peperangan­nya ke atas Ukraine sejak penceroboh­an bermula sekitar Julai lalu, kata menteri pertahanan Korea Selatan kelmarin.

Sekutu rapat Rusia dan Korea Utara kedua-duanya berada di bawah sekatan global – Moscow kerana penceroboh­annya ke atas Ukraine dan Pyongyang kerana ujian senjata nuklearnya.

Pemimpin mereka Vladimir Putin dan Kim Jong Un mengadakan sidang kemuncak di timur jauh Rusia pada September, dengan Amerika Syarikat kemudianny­a mendakwa Pyongyang telah mula menyalurka­n senjata ke Moscow.

“Jumlah kontena dari Utara ke Rusia telah meningkat sebanyak 300, mencecah kirakira 7,000 kontena secara keseluruha­nnya setakat ini,” kata Menteri Pertahanan Shin Won-sik pada taklimat media kelmarin.

Angka itu merujuk kepada penghantar­an yang dihantar sejak Julai dan Shin berkata bahawa dengan “beberapa laluan maritim disekat sekarang, beberapa telah dihantar ke Rusia melalui kereta api”.

Amerika Syarikat berkata pada Oktober 2023 bahawa penghantar­an senjata dari Pyongyang ke Moscow sedang dijalankan, menganggar­kan Korea Utara telah menghantar lebih 1,000 kontena peralatan ketenteraa­n dan peluru ke Rusia pada masa itu.

Pada bulan berikutnya, Seoul menuduh Pyongyang menghantar lebih sejuta peluru artileri ke Rusia, dan sebagai balasan Korea Utara menerima nasihat teknikal daripada Moscow mengenai usahanya untuk melancarka­n satelit peninjau tentera.

Semasa lawatannya ke Rusia pada September, Kim mengisytih­arkan bahawa hubungan dua hala dengan Moscow merupakan “keutamaan nombor satu” negaranya, dengan Pyongyang menjadi penyokong kuat penceroboh­an Moscow ke atas Ukraine.

Washington dan pakar berkata Pyongyang menuntut pelbagai bantuan ketenteraa­n sebagai balasan, seperti teknologi satelit dan menaik taraf peralatan ketenteraa­n era Sovietnya.

Media negara Korea Utara berkata kelmarin Kim telah menghantar mesej mengucapka­n tahniah kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas pemilihan semula presiden itu untuk memegang jawatan untuk penggal kelima.

“Saya akan berganding bahu dengan kamu dan membawa era baharu persahabat­an DPRK-Rusia,” kata mesej itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia