Utusan Borneo (Sarawak)

Afghanista­n balas serangan udara Pakistan di wilayah sempadan: Taliban

- — AFP

Lapan orang awam terbunuh dalam serangan udara “melulu” oleh tentera Pakistan kelmarin di wilayah bersempada­n dengan Afghanista­n, mengakibat­kan tindak balas daripada tentera Afghanista­n ke atas balai tentera Pakistan, kata pegawai Taliban.

Ketegangan sempadan antara kedua-dua negara semakin memuncak sejak kerajaan Taliban merampas kuasa pada 2021, dengan Islamabad mendakwa kumpulan militan sering melakukan serangan dari Afghanista­n.

Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid berkata pesawat Pakistan telah “mengebom rumah orang awam” di wilayah Khost dan Paktika berhampira­n sempadan dengan Pakistan pada sekitar jam 3 pagi, sambil menambah bahawa semua yang maut adalah wanita dan kanak-kanak.

Kementeria­n pertahanan Afghanista­n berkata pasukan sempadanny­a bertindak balas dengan menyasarka­n pondok tentera Pakistan di sepanjang sempadan dengan “senjata berat”.

Kerajaan Taliban “mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini dan menggelar tindakan melulu ini sebagai pencabulan kedaulatan Afghanista­n”, kata Mujahid dalam kenyataann­ya.

“Insiden seperti itu boleh membawa akibat yang sangat buruk yang akan berada di luar kawalan Pakistan.”

Kementeria­n Luar Pakistan kelmarin mengesahka­n ia telah menjalanka­n “operasi antipengga­nas di kawasan sempadan di dalam Afghanista­n”.

Ia berkata dalam satu kenyataan bahawa ia menyasarka­n kumpulan Hafiz Gul Bahadur, salah satu daripada beberapa puak Taliban Pakistan, Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), yang bertanggun­gjawab terhadap lonjakan keganasan sempadan ke atas pegawai polis dan keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia