Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah Honda: Pembantu tadbir kanan mengaku tidak bersalah

Syarikat pembekalan biaya bayaran ansuran sewa beli RM90,000

-

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu tadbir kanan Majlis Perbandara­n Kemaman (MPK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas enam pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembekalan berupa bayaran ansuran sewa beli kenderaan bernilai RM90,000.

Yusliza Othman@Yusof, 51, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapny­a secara berasingan, di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima suapan daripada sebuah syarikat pembekalan berupa bayaran ansuran sewa beli kenderaan jenis Honda Stream bermula 2017 hingga 2022, sebagai balasan untuk dia memudahkan syarikat berkenaan memperoleh kerjakerja pembekalan di MPK.

Bayaran ansuran kenderaan tersebut berjumlah RM1,068 sebulan, dibiayai syarikat pembekal terbabit yang mana kereta tersebut digunakan sepenuhnya oleh

Yusliza.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurangku­rangnya lima kali ganda jumlah atau nilai suapan,

atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mariah Omar dan Pegawai Pendakwa SPRM Nur Raihan Mohd Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.

Terdahulu, Mariah mencadangk­an jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu saksi dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanap­un Abdul Hayyi memohon jaminan rendah, memandangk­an anak guamnya merupakan bapa tunggal kepada dua anak berusia 23 dan 18 tahun yang masih belajar, selepas isterinya meninggal dunia pada Oktober 2022 akibat kegagalan buah pinggang.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan melarang tertuduh mengganggu saksi pendakwaan dan perlu menyerahka­n pasport antarabang­sa kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM terdekat, sebelum 7 hari bulan setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamahju­gamenetapk­an 3 April ini sebagai sebutan semulakesb­agiserahan­dokumen kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Yusliza (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, semalam, atas enam pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembekalan berupa bayaran ansuran sewa beli kenderaan bernilai RM90,000.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Yusliza (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, semalam, atas enam pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat pembekalan berupa bayaran ansuran sewa beli kenderaan bernilai RM90,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia