Utusan Borneo (Sarawak)

Pemborong didenda RM10,000 jual ayam melebihi harga maksimum

-

KUALA KANGSAR: Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan Oktober tahun lepas, seorang pemborong didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Sharuddin Saidon, 54, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak turut berdepan empat bulan penjara jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati menjual barangan harga terkawal iaitu ayam standard dengan harga RM8.90 sekilogram melebihi harga borong maksimum dietapkan oleh Pengawal iaitu RM8.10 sekilogram sepertiman­a di bawah Perenggan 3 Perintah Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 12) 2022 di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Kesalahan itu dilakukan di Premis Ewanda Maju Berkat Enterprise beralamat di 27D, Jalan Besar, Padang Rengas di sini antara 6.30 pagi hingga 7 pagi, 14 Okt 2023.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 18 (b) akta sama iaitu denda

maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 27 Okt 2023 sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kuala Kangsar telah membuat pemeriksaa­n terhadap sebuah premis pemborong ayam iaitu KK Saga Enterprise, Lot 1026A, Kampung Kuala Dhal, Jalan Taiping Kuala Kangsar, Padang

Rengas di sini.

Hasil pemeriksaa­n mendapati premis ada memproses dan menjual ayam standard secara borong selain mempunyai lesen Berniaga Menjual Borong Ayam yang masih sah hingga 10 Okt 2025, manakala sitaan dokumendok­umen telah dibuat oleh pasukan serbuan.

Hasil pemeriksaa­n terhadap resit jualan No. 07174 bertarikh 14 Okt 2023 mendapati premis itu menjual ayam standard pada harga

RM8.90 sekilogram kepada peruncit bernama Syawal yang merupakan pemilik perniagaan Ewanda Maju Berkat Enterprise, sementara makluman daripada Suruhanjay­a Syarikat Malaysia mendapati KK Saga Enterprise dimiliki Sharuddin.

Sharuddin yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya dikenakan denda yang rendah kerana mempunyai tanggungan besar termasuk membayar pekerja, bil api serta air, selain menanggung ibu bapa sendiri dan mentua, pada masa sama pengakuan bersalahny­a menjimatka­n masa mahkamah dan hanya mampu membayar denda RM3,000.

Timbalan Pendakwa Raya KPDN Perak Hasyutante­e Khalil kemudian memohon mahkamah supaya memberi hukuman denda yang tinggi iaitu satu persepuluh daripada denda maksimum dengan mengambil kira kepentinga­n awam membabitka­n isu kos sara hidup.

Pada masa sama, Hasyutante­e berkata tindakan tidak bertanggun­gjawab itu memberi kesan kepada peruncit untuk turut menaikkan harga, selain sebagai amaran kepada pemborong lain supaya lebih berhati-hati. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDENDA: Pemborong ayam, Sharuddin (kiri) didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen dekat Kuala Kangsar, semalam kerana menjual barangan terkawal iaitu ayam standard melebihi harga borong maksimum yang telah ditetapkan kerajaan, Oktober lepas.
— Gambar Bernama DIDENDA: Pemborong ayam, Sharuddin (kiri) didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen dekat Kuala Kangsar, semalam kerana menjual barangan terkawal iaitu ayam standard melebihi harga borong maksimum yang telah ditetapkan kerajaan, Oktober lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia