Utusan Borneo (Sarawak)

Cedera buku lali, Griezmann bakal terlepas perlawanan persahabat­an

-

PARIS: Antoine Griezmann tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan Perancis untuk perlawanan persahabat­an menentang Jerman dan Chile kerana kecederaan, sekali gus mengakhiri rekod beraksi bersama skuad kebangsaan untuk 84 perlawanan berturut-turut.

Penyerang kelab Atletico Madrid itu tidak akan bersama skuad Perancis buat kali pertama sejak November 2016 ketika Perancis bermain dua perlawanan persahabat­an terakhir sebelum Euro 2024 yang bermula dari 14 Jun hingga 14 Julai depan.

Pemain kelab Lazio, Matteo

Guendouzi, telah dipanggil untuk kali pertama sejak Piala Dunia terakhir untuk menggantik­an Griezmann, yang membuat 127 penampilan dan menjaringk­an 44 gol bersama Perancis.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menggambar­kan Griezmann sebagai “bukan tidak dapat diganti tetapi penting” untuk persediaan Perancis namun menerima cadangan doktor pasukan, menurut persekutua­n bola sepak Perancis.

Pemain berusia 32 tahun itu tidak beraksi dalam empat perlawanan bersama Atletico sejak kembali minggu lepas dan menjaringk­an gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan, di mana mereka layak ke peringkat suku akhir dengan kemenangan dalam penentuan sepakan penalti.

Dia juga dimasukkan pada masa rehat ketika tewas 0-3 kepada Barcelona dalam aksi La Liga Sepanyol pada Ahad.

“Antoine mempunyai masalah di buku lali, yang memberi kesan walaupun dia bermain selama 45 minit Ahad lepas,” kata Deschamps.

Guendouzi sudah bermain tujuh kali bersama Perancis, menjaringk­an satu gol.

Kali terakhir beliau bermain ialah dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Piala Dunia 2020 di Qatar, tewas 0-1 kepada Tunisia.

“Dengan kualiti Antoine, kami tidak dapat mencari seorang pemain yang memiliki karektorny­a,” kata Deschamps.

“Seorang pengganti untuk posisinya adalah sangat sukar untuk dicari. Kami akan menguruska­nnya dengan cara yang lebih berbeza.”

Penjaga gol, Mike Maignan, juga diragui dapat diturunkan kerana kecederaan sementara pemain sayap kelab Paris Saint-Germain (PSG), Ousmane Dembele baharu pulih dari masalah kecederaan di bahagian telinga.

Deschamps berkata, dia yakin dengan kecergasan Adrien Rabiot, Lucas Hernandez dan Ibrahima Konate.

Konate, pemain pertahanan kelab Liverpool, tidak bermain dalam tiga perlawanan terakhir kelab dan dia juga tidak beraksi bersama Perancis dalam bulan September dan November kerana kecederaan.

Perancis akan menentang tuan rumah Euro 2024 Jerman pada 23 Mac di Lyon dan kemudian menentang Chile di Marseille tiga hari selepas itu.

 ?? ?? GRIEZMANN
GRIEZMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia