Utusan Borneo (Sarawak)

Alcaraz ungguli Siri Master Indian Wells

Kedua berturut-turut setelah meraih kemenangan selesa ke atas Daniil Medvedev

-

INDIAN WELLS: Pemain ranking kedua dunia, Carlos Alcaraz meraih kemenangan selesa 7-6(7/5) dan 6-1 ke atas Daniil Medvedev untuk memenangi kejuaraan Siri Master Indian Wells yang kedua berturut-turut dan juga kemenangan ke atas lawan yang sama dari Rusia di final.

Alcaraz memenangi kejuaraan pertamanya sejak muncul juara di Wimbledon tahun lepas dan menjadi pemain pertama mempertaha­nkan kejuaraan di Indian Wells sejak Novak Djokovic memenangin­ya sebanyak tiga kali berturut-turut dari 2014 hingga 2016.

Bagi pemain berusia 20 tahun dari Sepanyol itu, 12 hari di kejohanan itu terbukti apa yang dia perlukan selepas permulaan hambar musim ini, yang termasuk tersingkir di peringkat suku akhir Terbuka Australia dan kecederaan buku lali yang menyebabka­nnya menarik diri dari perlawanan pertama di Rio de Janeiro pada bulan Februari.

“Banyak keraguan bagi diri saya,” katanya apabila bercakap tentang apa yang difikirkan olehnya selepas satu tempoh agak lama kemarau kejuaraan sejak mula mencuri perhatian dengan memenangi kejuaraan Grand slam yang pertamanya di Terbuka Amerika (AS) pada 2022.

Bagaimanap­un, bagi Alcaraz, ia bukan hanya tentang menamatkan kemarau kejuaraan tetapi juga menemui semula kegembiraa­n beraksi dalam gelanggang.

“Ia sangat bermakna bagi saya, menjulang trofi, memenangi kejohanan ini kerana saya mengatasi banyak masalah di fikiran saya, banyak masalah dari segi fizikal,” katanya.

“Bukan kerana saya tidak memenangi satu kejohanan sejak Wimbledon. Bagi saya, ia tidak penting, ia tentang perasaan, ia tentang kegembiraa­n bermain tenis, sebaik sahaja saya memasuki gelanggang dan bermain, itulah apa yang paling penting.

“kerana itu saya benar-benar gembira menjulang trofi ini, kerana saya menemui diri saya sendiri pada kejohanan ini.”

Seperti yang dilakukann­ya tahun lepas, Alcaraz menafikan harapan Medvedev untuk memenangi satu-satu kejohanan dari enam kejohanan Siri Master yang masih belum dimenangin­ya.

Apa yang lebih penting, selepas satu minggu di mana dia menamatkan rekod 19 kemenangan berturut-turut Jannik Sinner, Alcaraz tidak sabar untuk mengembali­kan keyakinan untuk kejohanan minggu hadapan di Miami dan seterusnya.

“Jelas sekali memenangi kejohanan banyak membantu untuk kejohanan akan datang,” kata Alcaraz.

“Dan memenangi satu lagi kejohanan Siri Master – satu kejohanan yang sukar untuk dimenangi – memberikan anda motivasi tambahan untuk terus melangkah, keyakinan tambahan untuk (kejohanan di) Miami dan seterusnya,” kata Alcaraz, yang menyertai rakan senegara, Rafael Nadal sebagai pemain yang memenangi lima kejuaraan Siri Master sebelum mencecah usia 21 tahun.

Medvedev, pemain ranking keempat dunia dari Rusia, diselubung­i masalah kecederaan buku lali dalam pertarunga­n tahun lepas tetapi bermula dengan meyakinkan kali ini apabila mendahului 3-0 pada satu ketika.

Alcaraz bagaimanap­un meningkatk­an permainann­ya untuk mengimbang­i permainan dan membawa permainan ke tiebreak.

Ketinggala­n 2-5 dalam tiebreak, Medvedev berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan 5-5 namun Alcaraz mengekalka­n rentak yang konsisten untuk memenangi set pertama.

Dalam set kedua, Medvedev kelihatan hilang motivasi dan gagal menangani permainan mantap dan kemas Alcaraz untuk akur sebagai naib juara buat tahun kedua berturuttu­rut.

“Dia berjaya memenangi

set pertama dengan meningkatk­an tahap permainann­ya,” kata Medvedev. “Saya seperti cuba untuk menyaingin­ya tetapi permainan saya agak mengecewak­an.

“Pada akhirnya, saya hilang rentak. Jadi ia keputusan yang adil tetapi saya berasa gembira,” tambah Medvedev.

“Kali terakhir saya melangkah ke final (Indian Wells) saya muncul juara di Miami – jadi itulah apa yang akan saya cuba lakukan.”

“Ia sangat bermakna bagi saya, menjulang trofi, memenangi kejohanan ini kerana saya mengatasi banyak masalah di fikiran saya, banyak masalah ” dari segi fizikal. Carlos Alcaraz Pemain tenis

 ?? ?? ALCARAZ
ALCARAZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia