Utusan Borneo (Sarawak)

Nottingham dipotong empat mata kerana melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris

-

Kelab Liga Perdana Inggeris, Nottingham Forest, dipotong empat mata kerana melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris pada Isnin, menyebabka­n mereka tercicir ke dalam zon penyingkir­an.

Liga Perdana berkata dalam satu kenyataan di mana Forest mengakui melanggar had peraturan perbelanja­an keseluruha­n dari keuntungan dan kelestaria­n (PSR) berjumlah 61 juta pound dengan lebihan 34.5 juta pound.

Bagaimanap­un, Forest berkata mereka “sangat kecewa” dengan peraturan dan “terkilan dengan nada” pertikaian Liga Perdana.

“Kami percaya bahawa kerjasama sepenuhnya yang diberikan kelab sepanjang proses, dan yang telah disahkan dan direkodkan dalam keputusan suruhanjay­a, tidak menerima penghargaa­n oleh Liga Perdana,” kata Forest dalam satu kenyataan.

Forest adalah pasukan kedua dari Liga Perdana yang dihukum kerana melanggar peraturan PSR musim ini selepas Everton didenda potong 10 mata pada bulan November sebelum rayuan melihat denda dikurangka­n kepada enam mata.

Everton masih menunggu untuk mengetahui jika mereka akan didenda potong mata sekali lagi berkaitan dengan pertuduhan kedua.

Hukuman ke atas Forest bermakna mereka tercicir ke zon penyingkir­an, satu mata di belakang Luton dan empat mata di belakang Everton.

Kelab-kelab Liga Perdana biasanya dibenarkan mengalami kerugian maksima 105 juta pound dalam tempoh tiga tahun tetapi ia dikurangka­n kepada 22 juta setiap musim untuk mana-mana musim dalam tempoh yang dibelanja ketika berada dalam Liga Kejuaraan.

Forest naik ke Liga Perdana Inggeris pada Mei 2022, bermakna dalam dua musim dari tempoh tiga tahun, mereka bermain dalam Liga Kejuaraan.

Mereka tidak berada dalam Liga Perdana untuk 23 tahun sebelum itu.

Tetapi keputusan mendapatka­n sehingga 29 pemain baharu musim lepas, dengan laporan perbelanja­an lebih 150 juta pound, membawa padah.

Pembelaan Forest ialah mereka sudah menjual Brennan Johnson kepada Tottenham Hotspur untuk nilai 47.5 juta pound lebih dua bulan selepas berakhir tempoh kewangan pada JUn 2023.

Kelab menjelaska­n mereka menerima yuran yang lebih tinggi untuk Johnsson dengan tidak menjualnya sebelum 30 Jun.

Bagaimanap­un, satu suruhanjay­a bebas mendapati Forest harus dihukum untuk “mengekalka­n integriti” liga.

Suruhanjay­a berkata Forest tidak mengendahk­an amaran dari pengarah kewanganny­a menjelang pasaran perpindaha­n pada Januari 2023 tentang pelanggara­n PSR dan meneruskan tindakan menambah lebih ramai pemain ke dalam skuad berbanding menjual.

“Apabila sebuah kelab melabur seperti yang dilakukan oleh Forest untuk bersaing dalam Liga Perdana, ia masih perlu mematuhi syarat PSR untuk kerugian,” kata suruhanjay­a dalam alasan bertulis di atas keputusan mereka.

“Risiko yang mereka ambil ini perlu diambil tindakan sebagai contoh untuk mengekalka­n integriti Liga Perdana Inggeris.”

Forest masih boleh merayu hukuman ini dan Liga Perdana berada dalam risiko satu situasi memalukan di mana penyingkir­an liga ditentukan di mahkamah selepas akhir musim.

Liga Perdana sebelum ini berkata proses seharusnya “tidak dicapai pada tarikh lewat dari dan jika boleh pada masa sebelum 24 Mei (akhir musim)”, iaitu lima hari selepas hujung minggu terakhir musim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia