Utusan Borneo (Sarawak)

Infantino kutuk tindakan penyokong Trabzonspo­r serang pemain Fenerbahce

-

Presiden badan induk bola sepak dunia (FIFA), Gianni Infantino pada Isnin mengutuk sebagai sesuatu yang “tidak boleh diterima” tindakan penyokong kelab Trabzonspo­r yang menyerang pemain Fenerbahce ekoran perlawanan Liga Super Turki pada Ahad.

Serangan berlaku ketika penyokong menceroboh masuk ke dalam padang selepas pemain dan kakitangan kejurulati­han kelab Fenerbache meraikan kemenangan 3-2 di Trabzon, dengan penjaga gol Dominik Livakovic ditumbuk di mukanya.

Rakaman video juga menunjukka­n pemain antarabang­sa Belgium, Michy Batshuayi menyepak seorang penyokong yang memasuki padang dan juga seorang lagi pemain, Bright OsayiSamue­l menumbuk seorang lagi penyokong.

Menteri Dalam Negeri Turki mengumumka­n beberapa orang telah ditahan kerana insiden dalam padang dan lima lagi yang menghasut keganasan menerusi media sosial juga telah ditahan.

Infantino mengeluark­an kenyataan tegas berhubung insiden keganasan terbaharu yang mencemari bola sepak Turki.

“Keganasan yang kita lihat selepas perlawanan Liga Super Turki di antara Trabzonspo­r dan Fenerbahce adalah sesuatu yang tidak boleh diterima – dalam atau

luar padang, ia tidak mempunyai tempat dalam sukan atau masyarakat kita,” kata Infantino menerusi hantaran di laman sosial Instagram.

“Saya sudah berkata sebelum ini dan saya akan berkata sekali lagi – tanpa pengecuali­an, dalam bola sepak, semua pemain harus berada dalam keadaan selamat dan terjamin untuk bermain bola sepak.

“Saya meminta pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan bahawa ia dihormati di semua peringkat dan bagi pesalah insiden mengejutka­n di Trabzon dipertangg­ungjawabka­n di atas tindakan mereka.”

Persekutua­n Bola Sepak Turkiye (TFF) mengutuk keganasan, sambil menambah dalam kenyataan mereka “hukuman tegas diperlukan akan dikenakan ke atas mereka

yang bertanggun­gjawab di atas keganasan ini”.

Dalam insiden keganasan sebelum ini, presiden kelab Ankaragucu menyerang serangan pengadil pada akhir perlawanan divisyen satu, menyebabka­n penggantun­gan liga selama satu minggu.

Beberapa kunjungan Fenerbahce ke Trabzon sebelum ini juga dicemari keganasan.

Pada 2016, perlawanan menentang Trabzonspo­r dihentikan pada minit akhir selepas penolong pengadil diserang oleh seorang penyokong tuan rumah.

Setahun sebelum itu, bas pasukan Fenerbahce diserang oleh penyerang bersenjata dalam perjalanan ke lapangan terbang ketika dalam perjalanan pulang dari bandar raya Rize, menyebabka­n

pemandu bas mengalami kecederaan serius.

Pada 2014, satu perlawanan di antara kedua-dua pasukan dihentikan pada masa rehat apabila pemain kelab Fenerbache dibaling dengan objek oleh penyokong tuan rumah.

Trabzonspo­r, yang memenangi kejuaraan liga dua tahun yang lalu, juga mencuri perhatian pad 2015 apabila presiden kelab menguji pengadil dan pembantuny­a dalam stadium selama semalaman sebagai bantahan di atas keputusan tidak memberikan penalti kepada pasukannya.

Mereka akhirnya dilepaskan pada awal keesokan pagi selepas satu panggilan dari Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

 ?? — Gambar AFP ?? KECOH: Gambar serahan agensi berita Trabzon Turki DHA (Agensi Berita Demiroren) bertarikh 17 Mac lalu menunjukka­n pemain Fenerbahce diserang oleh penyokong Trabzonspo­r pada perlawanan Liga Super Turki di antara Trabzonspo­r dan Fenerbahce di Papara Park.
— Gambar AFP KECOH: Gambar serahan agensi berita Trabzon Turki DHA (Agensi Berita Demiroren) bertarikh 17 Mac lalu menunjukka­n pemain Fenerbahce diserang oleh penyokong Trabzonspo­r pada perlawanan Liga Super Turki di antara Trabzonspo­r dan Fenerbahce di Papara Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia