Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 150 bekas pemain bola tampar beraksi perlawanan persahabat­an SHVC

-

Seramai 150 bekas pemain bola tampar mengambil bahagian pada perlawanan persahabat­an Kelab Bola Tampar Hornbill Sibu (SHVC) julung kali diadakan sempena majlis perjumpaan makan malam diadakan di sini.

Mereka menyertai perlawanan itu termasuk beberapa bekas pemain kebangsaan dan negeri.

Malah, dua daripada mereka menyertai acara tersebut sanggup pulang dari China semata-mata untuk menyertai perlawanan itu.

Pertanding­an persahabat­an itu menampilka­n 12 perlawanan terdiri empat perlawanan setiap satu untuk lelaki 40 tahun ke atas dan veteran wanita dan dua perlawanan masing-masing untuk veteran lelaki dan wanita 30 tahun ke atas.

Bekas Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MVA), Dr Gregory Hii adalah antara yang hadir pada majlis itu untuk memberikan sokongan.

“Saya sangat gembira dengan penganjura­n acara penuh makna oleh SHVC selain berjaya menarik ramai bekas pemain bola tampar hadir ke perlawanan persahabat­an dan majlis perjumpaan makan malam itu,”

katanya.

Hii berkata, acara itu bukan semata-mata untuk bermain bola tampar tetapi untuk mengenang dan mengimbau kejayaan lampau pemain-pemain terbabit.

“Tahniah kepada SHVC

kerana menganjurk­an program tersebut dan diharapkan mereka terus menjadikan­nya sebagai acara tahunan,” jelasnya.

Hii juga menyeru kelab-kelab bola tampar di bahagian atau daerah lain mencontohi SHVC menganjurk­an aktiviti seumpama itu di kawasan masing-masing yang boleh membantu menggalakk­an pembanguna­n bola tampar.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Tampar Sarawak (SVA) berkata, SVA mempunyai program tersendiri menganjurk­an banyak aktiviti seperti kejohanan B-14, B-16 dan remaja sepanjang tahun.

“Semua ini bertujuan untuk mencungkil pemain-pemain yang cemerlang dalam sukan bola tampar,” katanya.

Hii berkata, SHVC juga boleh memainkan peranannya sebagai pelengkap dan membantu SVA meningkatk­an taraf sukan itu dengan mengadakan aktiviti tersebut.

Sementara itu, Hii mendedahka­n SHVC juga berusaha memberi pengiktira­fan kepada beberapa bekas pemain bola tampar yang telah memberi sumbangan kepada sukan bola tampar.

 ?? ?? MASIH BERBISA: Pasukan bola tampar lelaki 40 tahun ke atas menyertai perlawanan persahabat­an Kelab Bola Tampar Hornbill Sibu.
MASIH BERBISA: Pasukan bola tampar lelaki 40 tahun ke atas menyertai perlawanan persahabat­an Kelab Bola Tampar Hornbill Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia