Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sedia ‘anjur’ Sukan Komanwel

Jika Malaysia diberi peluang menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026, Sarawak bersedia menjadi gelanggang

- Oleh Marilyn Ten

KUCHING: Sarawak bersedia untuk turut serta menjadi penganjur Sukan Komanwel 2026 sekiranya Malaysia memutuskan menjadi tuan rumah temasya peringkat antarabang­sa itu.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman berkata beliau mahu beberapa acara sukan yang dipertandi­ngkan pada temasya Sukan Komanwel 2026 diadakan di negeri ini.

“Bagaimanap­un, perkara itu masih dalam penelitian sama ada Malaysia mahu menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 atau tidak. Secara peribadi, saya berpandang­an jika kita mampu menjadi tuan rumah temasya sukan itu, mengapa tidak jika diberi peluang?

“Jika Malaysia menganjurk­annya, saya ingin melihat beberapa sukan dipertandi­ngkan

di Sarawak juga kerana kita sepatutnya berkongsi dalam acara peringkat

antarabang­sa seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran ‘What About Kuching (WAK) 2024 Call For Proposal’ di sini kelmarin.

Minggu lalu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahka­n Persekutua­n Sukan Komanwel (CGF) menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 bagi menggantik­an Victoria, Australia yang menarik diri pada tahun lalu.

Victoria (Australia) menarik diri disebabkan peningkata­n kos penganjura­n daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).

Sementara itu, Abdul Karim melahirkan rasa gembira dengan perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 bakal berlangsun­g di 11 buah negeri termasuk Sarawak dari 29 September hingga 6 Oktober depan.

“Kementeria­n Belia dan Sukan mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur pagi Isnin (18 Mac lalu) dan diumumkan dua peringkat perlumbaan akan diadakan di Sarawak.

“Ini yang sepatutnya. Kita tidak harus mengadakan acara besar di Semenanjun­g Malaysia sahaja dan meninggalk­an Sarawak dan Sabah. Sama ada acara sukan atau festival, semuanya harus dikongsika­n bersama,” jelasnya.

Bagaimanap­un, perkara itu masih dalam penelitian sama ada Malaysia mahu menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 atau tidak. Secara peribadi, saya berpandang­an jika kita mampu menjadi tuan rumah temasya sukan itu, mengapa tidak jika diberi peluang?

Dato Sri Abdul Karim Rahman Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan

 ?? ?? BERSEDIA: Abdul Karim pada sidang media pelancaran ‘What About Kuching (WAK) 2024 Call For Proposal’di Kuching kelmarin dan memberitah­u Sarawak bersedia menjadi gelanggang beberapa sukan pada Sukan Komanwel 2026.
BERSEDIA: Abdul Karim pada sidang media pelancaran ‘What About Kuching (WAK) 2024 Call For Proposal’di Kuching kelmarin dan memberitah­u Sarawak bersedia menjadi gelanggang beberapa sukan pada Sukan Komanwel 2026.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia