Utusan Borneo (Sarawak)

Acerbi tinggalkan kem latihan, disiasat kerana melakukan cemuhan berbaur perkauman

- — AFP

Francesco Acerbi pada Isnin meninggalk­an kem latihan skuad kebangsaan Itali menjelang dua perlawanan persahabat­an di Amerika Syarikat (AS) selepas laporan di mana dia akan disiasat kerana dakwaan melakukan cemuhan perkauman ke arah pemain pertahanan kelab Napoli, Juan Jesus.

Dalam satu kenyataan Persekutua­n Bola Sepak Itali (FIGC), berkata bahawa Acerbi, pemain pertahanan kelab Inter Milan, sudah memberikan “versi dia sendiri mengenai insiden” kepada rakan sepasukann­ya di Itali dan jurulatih Luciano Spalletti “mengenai dakwaan kenyataan perkauman”.

FIGC menambah bahawa Acerbi berkata bahawa dia “tidak mempunyai hasrat mengeluark­an kata-kata hinaan atau perkauman” tetapi dia akan digugurkan dari skuad 28 pemain yang disenaraik­an untuk perlawanan persahabat­an menentang Venezuela dan Ecuador dalam persediaan untuk mempertaha­nkan kejuaraan di Euro 2024.

Pemain pertahanan tengah kelab AS Roma, Gianluca Mancini, menggantik­an tempat Acerbi, yang akan disoal siasat oleh pihak disiplin FIGC berikutan dakwaan Jesus di mana pemain itu menggunaka­n penghinaan perkauman ketika Inter seri 1-1 dengan Napoli pada Ahad lepas.

Jesus, pemain antarabang­sa Brazil, dilihat membuat bantahan kepada pengadil perlawanan, Federico La Penna, sambil menunjukka­n ke arah lencana “Jauhi Perkauman” di jersinya dan kelihatan berkata bahawa “(Acerbi) memanggiln­ya saya seorang negro”.

Selepas perlawanan, Jesus, yang menjaringk­an gol penyamaan lewat Napoli, menolak insiden itu dengan berkata bahawa Acerbi telah “melangkaui batas” ketika tidak menjelaska­n bagaimana lawannya menghinany­a dan menambah kedua-dua pihak sudah menyelesai­kan isu itu.

“Dia meminta maaf kerana dia menyedari bahawa dia sudah melangkaui batas... apa yang berlaku dalam padang, kekal dalam padang,” kata Jesus ketika itu.

Pada Isnin, Jesus sekali lagi mengenepik­an insiden itu di akaun rasmi laman Instagram miliknya, dengan berkata: “Saya mempertaha­nkan pasukan dan hak saya dengan cara yang saya fikir betul.”

Ejen Acerbi, Federico Pastorello kemudian menafikan bahawa kliennya mengeluark­an kata-kata perkauman kepada Jesus dalam satu temu bual dengan penyiaran Radio Sportiva.

“Dari apa yang diberitahu oleh Acerbi, ada satu perbalahan dalam padang tetapi tidak dia tidak berkata apa-apa berkaitan perkauman,” kata Pastorello.

“Untuk lebih jelas, perkataan ‘negro’ tidak digunakan.”

Serie A Itali memberitah­u agensi berita AFP bahawa laporan biasa dari “hakim sukan” liga, Gerardo Mastrandre­a akan dikeluarka­n pada Selasa.

Dokumen itu, yang biasanya dikeluarka­n sehari selepas tamat setiap perlawanan, seharusnya mengesahka­n bahawa Acerbi akan disiasat kerana insiden itu.

 ?? ?? JESUS
JESUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia