Utusan Borneo (Sarawak)

Messi tidak sertai Argentina untuk beberapa perlawanan ekoran kecederaaa­n hamstring

-

Lionel Messi tidak akan beraksi pada perlawanan persahabat­an bersama Argentina menentang El Salvador dan Costa Rica kerana kecederaan hamstring, menurut persatuan bola sepak Argentina (AFA) pada Isnin.

Kapten Argentina itu dikeluarka­n pada awal separuh masa kedua ketika kelabnya, Inter Miami menang 3-1 ke atas Nashville dalam aksi Piala Juara CONCACAF kerana kecederaan dan tidak diturunkan ketika menewaskan D.C. United dalam aksi Liga Bola Sepak Utama (MLS).

Jurulatih Inter Miami, Gerardo Martino berkata selepas perlawanan di mana keadaan Messi akan dinilai “setiap minggu.”

Messi, 36, sebelum ini disenaraik­an dalam skuad kebangsaan Argentina untuk perlawanan persahabat­an menentang El Salvador di Philadelph­ia pada 22 Mac dan menentang Costa Rica di Los Angeles empat hari kemudian tetapi semuanya berubah dengan perkembang­an terkini AFA pada Isnin.

Media Argentina melaporkan bahawa Messi mungkin masih akan dapat bersama skuad kebangsaan pada lewat minggu ini untuk menjalani sebahagian proses pemulihan bersama kakitangan perubatan skuad kebangsaan sebelum kembali ke Florida.

Beberapa pemain Argentina, termasuk penyerang kelab Manchester City, Julian Alvarez, tiba di Philadelph­ia pada Ahad, dengan baki skuad dijangka menyertai mereka pada Selasa.

Kedua-dua perlawanan persahabat­an ini adalah sebagai persediaan menjelang Copa Amerika yang berlangsun­g pada bulan Jun dan Julai, yang juga akan dianjurkan di Amerika Syarikat (AS).

Argentina sudah kehilangan seorang penyerang, Paulo Dybala dan seorang pemain tengah, Exequiel Palacios kerana kecederaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia