Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ saman empat lori balak bawa muatan lebih had dalam operasi di Sibu

-

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sibu menahan empat lori balak yang membawa muatan kayu balak semasa dalam rondaan operasi kenderaan barangan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, kelmarin.

Ketua Cawangan Mohamad Faizal David Jemat, berkata lori berkenaan ditahan kerana disyaki membawa muatan melebihi had dibenarkan seperti mana ditetapkan dalam Lesen Pembawa dikeluarka­n Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP).

“Kesemua lori berkenaan kemudianny­a diarah ke pekarangan JPJ Sibu untuk ditimbang menggunaka­n timbang mudah alih bagi menentukan jumlah berat keseluruha­n muatan yang dibawa.

“Selepas ditimbang mendapati peratusan lebih muatan antara 59.05 hingga 86.90 peratus daripada had yang dibenarkan,” ujarnya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Faizal berkata, berikutan itu saman telah dikeluarka­n ke atas pemandu atas kesalahan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan dalam Lesen Pembawa di bawah Seksyen 19(1)(b)(vi) Akta Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (ALPKP) 1987 dan melakukan kesalahan serta boleh didenda di bawah Seksyen 19(3) akta sama.

Menurutnya, Seksyen 19(3) membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, JPJ akan menghadapk­an kesemua pemandu tersebut ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

“Jabatan memang memandang serius lori-lori yang membawa muatan melebihi had dibenarkan dan secara bahaya kerana bukan setakat membahayak­an keselamata­n pengguna-pengguna jalan raya lain, malah boleh menyebabka­n kerosakan jalan raya,” tegasnya.

 ?? ?? DITAHAN: Empat lori balak yang membawa muatan kayu balak ditahan dalam rondaan operasi kenderaan barangan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu kelmarin.
DITAHAN: Empat lori balak yang membawa muatan kayu balak ditahan dalam rondaan operasi kenderaan barangan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia