Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama dengan Kalimantan diteruskan

- Oleh Jessica Jawing

Sarawak akan terus menjalin kerjasama dengan Kalimantan, Indonesia termasuk dalam bidang eksport dan import barangan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, Sarawak buat masa ini sudah banyak mempunyai kerjasama dengan negara jiran itu, sama ada di Kalimantan Barat mahupun Kalimantan Timur termasuk dalam pembanguna­n hidro.

“Selain tenaga, kita juga dimaklumka­n KADIN (Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Indonesia) di Kalimantan telah mengadakan mesyuarat dengan Sarawak menerusi DUBS (Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak) dan Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sarawak untuk meneroka bidang lain.

“Ini termasuk eksport barangan kita dan import barangan dari Kalimantan dan kerjasama ini sudah ada.

“Sebenarnya, kita sudah ada jalinan kerjasama antara Indonesia, bahkan banyak syarikat kita di Sarawak sudah menjalanka­n perniagaan di Kalimantan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2024 yang dihadiri isterinya Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Premier

Sarawak sudah lama eksport import barangan, komited laksana pembanguna­n di Nusantara: Abang Johari

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Rosey

Yunus dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Abang Johari berkata, sebelum

ini kebanyakan kerjasama antara Sarawak dan Indonesia tertumpu di Kalimantan Barat memandangk­an ia lebih dekat dengan negeri ini.

Malah ujarnya, apabila sempadan antara Indonesia dibuka dan penerbanga­n terus KuchingPon­tianak serta Pontianak-Kuching telah diluluskan, ia membuka lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua, Sarawak dan Indonesia.

 ?? — Gambar UKAS ?? SEMPENA AIDILFITRI: Abang Johari bersama Juma’ani menunjukka­n sumbangan untuk anggota penguatkua­saan dan agensi beruniform pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2024 di Wisma Bapa Malaysia, semalam. Turut kelihatan, Fatimah (dua kiri), Rosey (kiri), Dr Sim (belakang, kanan) dan Mohamad Abu Bakar (belakang, dua kanan).
— Gambar UKAS SEMPENA AIDILFITRI: Abang Johari bersama Juma’ani menunjukka­n sumbangan untuk anggota penguatkua­saan dan agensi beruniform pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2024 di Wisma Bapa Malaysia, semalam. Turut kelihatan, Fatimah (dua kiri), Rosey (kiri), Dr Sim (belakang, kanan) dan Mohamad Abu Bakar (belakang, dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia