Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki motosikal curi, dua lelaki dipenjara enam bulan

- KUCHING:Dualelakim­asingmasin­g

dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki motosikal curi milik seorang wanita berusia 54 tahun.

Mohammad Zaini Meliki, 39, dan Amirul Jainnudin, 29, masing-masing mengaku bersalah di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi yang memerintah­kan hukuman penjara mereka berkuat kuasa mulai hari ini.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Merekamela­kukankesal­ahan itu di Zon Perindustr­ian Bebas Sama Jaya di sini pada 1.30 pagi, 14 Mac 2024.

Mengikut fakta kes, seorang lelaki membuat laporan polis bahawa motosikal ibunya yang diletakkan di belakang sebuah farmasi di Batu Kawa hilang disyaki dicuri.

Mereka cuba mencari kenderaan di sekitar kawasan itu, namun tidak berjaya dan anggaran kerugian RM1,500.

Selepas tindakan dan siasatan lanjut polis, Mohammad Zaini dan Amirul akhirnya ditahan pada 14 Mac di Zon Perindustr­ian Bebas Sama Jaya.

Kedua-duanya yang menaiki motosikal dalam keadaan mencurigak­an turut cuba memecut laju apabila polis cuba menahan mereka.

Polis kemudianny­a merampas motosikal itu dan menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas nomborcasi­sdanenjinn­ya,yang sepadan dengan motosikal yang dilaporkan hilang.

Sementara itu, Muhammad Zaini turut didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan ingkar di mahkamah sama selepas dia mengakuber­salahmenya­lahgunakan Methamphet­amine dan Amphetamin­e dua tahun lalu.

Zubaidahju­gamengarah­kannya menjalani pengawasan selama dua tahun.

Bagikesala­haninidiad­idakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5 ,000 dan diletakkan di bawah pengawasan untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Kedua-dua kes didakwa oleh Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala Muhammad Zaini dan Amirul tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia