Utusan Borneo (Sarawak)

11 agensi penguatkua­saan terima Sumbangsih Raya

12,000 unit sumbangsih berjumlah RM473,255 akan diagih kepada agensi penerima sempena Aidilfitri

- Oleh Jessica Jawing Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

KUCHING: Sebanyak 11 agensi penguatkua­saan di Sarawak menerima Sumbangsih Raya pada tahun ini yang berjumlah RM473,255.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pada tahun ini sebanyak 12,000 unit sumbangsih akan diagihkan kepada agensi penerima sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Program Sumbangsih Raya 2024 (SR24) diadakan sebagai menzahirka­n tanda keprihatin­an, ingatan ikhlas serta penghargaa­n Kerajaan Sarawak terhadap pengorbana­n anggota-anggota keselamata­n dan penguatkua­saan yang bertugas pada hari lebaran nanti.

“Pada tahun ini, sebanyak 11 agensi penerima akan menerima 12,000 unit Sumbangsih Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2024 yang disempurna­kan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Agensi penerima termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Selain, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Sarawak (UKPS).

Program Sumbangsih Raya 2024 (SR24) diadakan sebagai menzahirka­n tanda keprihatin­an, ingatan ikhlas serta penghargaa­n Kerajaan Sarawak terhadap pengorbana­n anggota-anggota keselamata­n dan penguatkua­saan yang bertugas pada hari lebaran nanti.

Fatimah berkata, Sumbangsih Raya kali ini menyediaka­n lima jenis barangan berupa makanan dan minuman iaitu serunding daging, kek buah, kacang botak, kad ucapan raya serta kopi dan teh (3dalam-1).

“Selain itu, kita juga telah menyediaka­n kad ucapan hari raya sebagai tanda ingatan Kerajaan Sarawak kepada semua anggota yang bertugas pada hari lebaran nanti.

“Kementeria­n saya melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak sentiasa berusaha memperting­katkan kualiti dan kuantiti kotak sumbangsih dari setahun ke setahun,” katanya.

Beliau yakin dan percaya Sumbangsih Raya 2024 yang disediakan untuk anggota keselamata­n dan penguatkua­saan memuaskan.

“Walaupun kecil tetapi membawa makna dan erti keikhlasan yang sangat besar bukan sahaja kepada penerima malah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh penyediaan,” kata Fatimah.

Hadir sama isteri Abang Johari, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

 ?? — Gambar UKAS ?? PENGHARGAA­N: Fatimah menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaa­n selepas majlis. Turut kelihatan Juma’ani (tiga kiri) dan Dr Sim (kiri).
— Gambar UKAS PENGHARGAA­N: Fatimah menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaa­n selepas majlis. Turut kelihatan Juma’ani (tiga kiri) dan Dr Sim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia