Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS kini memasuki edisi ke-20

-

Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) kini memasuki edisi ke-20 tahun pelaksanaa­nnya.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tidak hairanlah program kali ini begitu dinantikan, apatah lagi apabila SABERKAS telah menganjurk­an program ini tanpa gagal sejak 19 tahun lalu.

“Pastinya ini merupakan satu pencapaian yang membanggak­an untuk terus memperkuku­hkan amalan bersedekah, mengeratka­n perpaduan dan memupuk sikap saling membantu antara satu sama lain, khususnya setiap kali menjelang bulan Ramadan.

“Menariknya kali ini, pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2024 diadakan sebagai program penutup sambutan Jubli Emas SABERKAS yang mula dilancarka­n pada 19 Mac tahun lepas, iaitu setelah genap setahun sambutan ini diadakan secara besar-besaran di seluruh Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan perasmian sempena Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2024 di Masjid Bandar Sri Aman petang kelmarin.

Pada program tersebut, 1,000 peket bubur lambuk telah diagihkan kepada penerima dan jemaah yang hadir.

Antarapena­jautamapro­gram ini adalah pihak WEIDA Resources Sarawak Sdn Bhd yang menyumbang RM30,000.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN Telang Usan merangkap Naib Presiden SABERKAS Negeri Sarawak Dato Dennis Ngau, ADUN Daro merangkap Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak Safiee Ahmad, ADUN Tanjong Datu merangkap Naib Presiden SABERKAS Negeri Sarawak Azizul Annuar Adenan serta tetamu kehormat lain.

 ?? — Gambar Penerangan ?? PENAJAAN: Wakil WIEDA Resources (Sarawak) Sdn Bhd Lee Sze Yee menyampaik­an sumbangan sebanyak RM30,000 bagi menaja program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS.
— Gambar Penerangan PENAJAAN: Wakil WIEDA Resources (Sarawak) Sdn Bhd Lee Sze Yee menyampaik­an sumbangan sebanyak RM30,000 bagi menaja program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia