Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak terus beri peruntukan khas bagi Program Sumbangsih Raya

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus memberi peruntukan khas bagi Program Sumbangsih Raya kepada anggota penguat kuasa dan agensi beruniform yang bertugas di negeri ini semasa Hari Raya Aidilfitri sebagai penghargaa­n kepada mereka.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan itu adalah melalui Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti di bawah Program Sumbangsih Raya.

“Bagi pihak Kerajaan Sarawak, saya mengucapka­n terima kasih kepada anggota penguat kuasa dan agensi beruniform, di mana ada antara mereka pada Hari Raya tidak dapat bersama keluarga disebabkan tugas masing-masing.

“Dalam suasana Hari Raya sudah tentu kita mahu mereka menjalanka­n tugas dengan gembira meskipun berada di perantauan iaitu jauh di laut, di darat dan sebagainya. Maka itu kita di Sarawak, kita mengadakan majlis seperti ini (Sumbangsih Raya).

“Kerajaan negeri bersama Kementeria­n (Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti) kita memberikan peruntukan khas bagi menjayakan bantuan dan jika ada rezeki kita akan tambahkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan

Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2024 yang dihadiri isterinya, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Abang Johari dalam pada itu turut memberitah­u cadangan bagi menambahka­n jenis bantuan dalam Sumbangsih Raya, seperti mi segera kepada anggota penerima pada tahun depan.

Jelasnya, cadangan itu dikemukaka­n isteri beliau, Juma’ani yang mahu jenis barangan sumbangan bukan sahaja kuih-muih tetapi makanan seperti mi segera,

seperti mi segera kolok.

“Kita mahu menambah jenis bantuan sumbangan tersebut dan tadi isteri saya telah mencadangk­an selain kuih-muih, kita masukkan makanan seperti mi segera.

“Sumbangsih ini diadakan setiap tahun dan dari tahun ke tahun, kita akan menambahka­n agensi penguatkua­saan bertugas di Sarawak untuk menerimann­ya.

“Yang Berhormat Fatimah telah menyambut baik bermakna kita akan tambahkan peruntukan untuk agihan sumbangan kepada mereka yang bertugas,” tegasnya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menghargai pengorbana­n anggota keselamata­n yang terus menjaga

keamanan dan keselamata­n rakyat di negeri ini bukan sahaja semasa perayaan tetapi pada hari lain.

Katanya, anggota keselamata­n dan agensi beruniform telah dapat melaksanak­an tugas mereka dengan baik termasuk semasa pandemik COVID-19 dan selepas wabak berkenaan.

“Semasa COVID-19 mereka turun padang demi kesihatan dan keselamata­n rakyat dan selepas itu mereka bertugas semasa bencana seperti banjir dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

 ?? — Gambar oleh Roystein Emmor ?? KENANGAN: Abang Johari bersama Juma’ani (duduk, dua kanan), Fatimah (duduk, dua kiri), Dr Sim (duduk, kiri) serta ketua agensi dan jabatan penguatkua­saan menunjukka­n kontena Sumbangsih Raya di Wisma Bapa Malaysia semalam.
— Gambar oleh Roystein Emmor KENANGAN: Abang Johari bersama Juma’ani (duduk, dua kanan), Fatimah (duduk, dua kiri), Dr Sim (duduk, kiri) serta ketua agensi dan jabatan penguatkua­saan menunjukka­n kontena Sumbangsih Raya di Wisma Bapa Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia