Utusan Borneo (Sarawak)

AKYBMS santuni golongan asnaf menerusi Program Ihya’ Ramadan

-

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) terus menyantuni golongan asnaf menerusi Program Ihya’ Ramadan selama tiga hari yang bermula kelmarin.

Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr Sanib Said berkata, seramai 160 asnaf dari enam kampung di kawasan Kuching dan Simunjan akan menerima sumbangan berupa bakul makanan pada program tersebut.

Antara kampung terlibat katanya, ialah Kampung Gumpey dan Kampung Sageng di Simunjan, Kampung Gita Laut, Kampung Kudei, Maahad Tahfiz Raudahtul Jannah di Kampung Selang Ulu dan Bandar Baru Samariang.

“Semalam, kita sudah menghantar bantuan sumbangan bakul makanan ke Kampung Gumpey dan Kampung

Sageng di Simunjan.

“Hari ini pula, kita akan ke Kampung Gita Laut, dan Kampung Kudei manakala esok, kita akan ke Maahad Tahfiz Raudahtul Jannah di Kampung Selang Ulu

dan Surau Umar Khatab di Bandar Baru Samariang.

“Keseluruha­n sumbangan yang kita berikan selama tiga hari ini adalah untuk seramai 160 orang asnaf,” katanya ketika ditemui media

selepas menghadiri simbolik acara pelepasan Program Ihya’ Ramadan AKYBM di pekarangan Wisma Sumber Alam di sini, semalam.

Acara pelepasan itu disempurna­kan oleh Timbalan Premier

Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, AKYBMS.

Sanib menambah, Program Ihya’ Ramadan merupakan acara tahunan AKYBMS setiap kali menyambut bulan Ramadan.

“Kita telah mengadakan program ini selama lima tahun dengan objektif untuk meringanka­n beban golongan yang memerlukan di Sarawak seperti fakir, miskin, amil, asnaf dan mualaf.

“Alhamdulil­lah, penerimaan masyarakat terhadap program ini sangat menggalakk­an,” katanya.

Dengan sambutan itu katanya, jelas memperliha­tkan kesedaran yang tinggi AKYBMS terhadap masyarakat yang kurang berkemampu­an terutama pada bulan Ramadan ini.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PELEPASAN: Awang Tengah ditemani Sanib (dua kanan) melakukan simbolik pelancaran Program Ihya’ Ramadan AKYBMS semalam.
— Gambar Chimon Upon PELEPASAN: Awang Tengah ditemani Sanib (dua kanan) melakukan simbolik pelancaran Program Ihya’ Ramadan AKYBMS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia