Utusan Borneo (Sarawak)

Tong Seng Huat santuni penduduk kampung memerlukan

-

Penduduk kampung yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi terutama golongan daif amat mengharapk­an syarikat swasta dan badan korporat memberikan sumbangan kepada mereka terutama pada bulan Ramadan seperti yang dilakukan oleh Tong Seng Huat (Bintulu) Sdn Bhd.

Ketua Kaum Kampung Warisan Jepak Torny Chan Warimin berkata, bantuan seumpamany­a amat diharapkan penduduk kampung terutama bagi golongan yang kurang berkemampu­an atau daif.

“Kita mengharapk­an syarikat swasta dan badan korporat menyumbang kepada penduduk yang memerlukan dengan harapan dapat meringanka­n sedikit beban mereka,” katanya semasa ditemui kelmarin.

Beliau berkata, sekiranya ada pihak merancang dan sudi untuk memberi sumbangan yang

lebih besar pada tahun depan adalah amat dialu-alukan.

Katanya, penghargaa­n dan terima kasih atas sumbangan diberikan ini yang membawa makna besar kepada penduduk kampung terutama ketika menjalani ibadah puasa pada Ramadan.

Pada program tersebut kelmarin, Tong Seng Huat

telah menyumbang bakul makanan dan bubur lambuk sempena Program Ziarah Ramadan kepada 150 penduduk kurang berkemampu­an di sembilan kampung di Kampung Jepak.

Majlis penyampaia­n sumbangan tersebut telah disempurna­kan Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Steven Kong

Kai Seng yang mewakili Ahli Parlimen Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong yang juga Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing di Dewan Serba Guna Kampung Warisan Jepak.

Program itu turut berkolabor­atif dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Warisan Jepak.

Sementara itu, Pengurus Tong Seng Huat Cawangan Bintulu Tan Song Lin berkata, program tersebut antara aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat itu untuk membantu golongan memerlukan.

Melalui sumbangan ini katanya, pihaknya berharap dapat membantu meringanka­n beban penduduk yang menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

 ?? ?? BANTUAN: Steven (kanan) menyampaik­an bakul makanan kepada seorang penduduk kampung di Bintulu, kelmarin.
BANTUAN: Steven (kanan) menyampaik­an bakul makanan kepada seorang penduduk kampung di Bintulu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia