Utusan Borneo (Sarawak)

Guna kaedah sama atasi kesesakan di sempadan

Kaedah tangani kesesakan ICQS Sungai Tujuh akan diaplikasi di ICQS Mengkalap, kata Awang Tengah

- Oleh Mastura Ismail Timbalan Premier Sarawak

LAWAS: Sarawak akan memperluas kaedah yang digunakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Sungai Tujuh, Miri untuk dilaksanak­an di ICQS Mengkalap di sini sebagai salah satu usaha mengatasi kesesakan di pintu utama sempadan itu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju agar ICQS Mengkalap dan ICQS Merapok/Sindumin menggunaka­n kaedah sama dengan ICQS Sungai Tujuh sekiranya sistem yang digunakan itu berkesan kelak.

Jelasnya, penambahba­ikan dan perubahan mungkin dilakukan di ICQS Mengkalap dan ICQS Merapok /Sindumin berdasarka­n keadaan setempat dalam mengatasi masalah kesesakan.

“Apa jua yang akan dibuat di ICQS Sungai Tujuh Miri kalau ia berkesan dan boleh diterima pakai, kita akan gunakan di ICQS Mengkalap dan ICQS Merapok.

“Premier Sarawak bersetuju untuk kita mengadapta­sikan cara dan kaedah tersebut walaupun tempat berlainan keadaan mungkin berbeza, di mana yang perlu kita ubah, kita akan ubah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke ICQS Mengkalap di Trusan, di sini kelmarin.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Sarawak menjelaska­n lawatan kerja yang dilakukanP­remier Sarawak ke ICQS Sungai Tujuh awal Mac lepas adalah untuk mencari kaedah terbaik mengatasi kesesakan termasuk menaik taraf ICQS tersebut dengan peruntukan RM4 juta.

Sarawak juga katanya, melaksanak­an beberapa cara serta kaedah bersesuaia­n bagi mengelakka­n berlakunya kesesakan sekali gus melancarka­n aliran trafik termasuk di ICQS Mengkalap dan ICQS Merapok/Sindumin termasuk mewujudkan kerjasama antara agensi dengan menyediaka­n kaunter khas berbeza untuk pengunjung tempatan dan warga asing.

Katanya, ICQS Mengkalap Trusan merupakan ICQS yang sibuk dan merekodkan kemasukan kira-kira 1.3 juta orang sepanjang tahun lepas dengan purata ketibaan harian di ICQS berkenaan kira-kira 3,600 orang pada hari biasa dan lebih 6,000 orang pada waktu puncak.

Apa jua yang akan dibuat di ICQS Sungai Tujuh Miri kalau ia berkesan dan boleh diterima pakai, kita akan gunakan di ICQS Mengkalap dan Hasan” ICQS Merapok. Datuk Amar Awang Tengah Ali

 ?? ?? LAWATAN KERJA: Awang Tengah (dua kiri) ketika melawat ICQS Mengkalap di Trusan, Lawas kelmarin.
LAWATAN KERJA: Awang Tengah (dua kiri) ketika melawat ICQS Mengkalap di Trusan, Lawas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia