Utusan Borneo (Sarawak)

MOTS mahu atasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan sekolah

-

Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) sedang mencari jalan penyelesai­an bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan yang menempatka­n sekolah di semua pusat bandar dan bandar di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ini kerana kementeria­nnya sedia maklum mengenai perubahan landskap pembanguna­n di bandar-bandar utama termasuk Sri Aman terutama di waktu puncak.

Menurutnya, senario sama turut berlaku di bandarband­ar utama seperti Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu walaupun situasi sekarang lebih mencabar untuk ditangani oleh kerajaan kerana terdapat banyak faktor perlu diambil kira.

“Salah satu faktor ialah kita perlu mempertimb­angkan sekolah-sekolah popular yang terletak di tengahteng­ah bandar.

“Selain itu, mewujudkan Jawatankua­sa Pengangkut­an Awam dan Jawatankua­sa Pengurusan Trafik yang dipengerus­ikan residen setiap bahagian yang berperanan menjadi saluran untuk mengemukak­an cadangan kepada Kerajaan Sarawak bagi memperting­kat kemudahan pengangkut­an dan pengurusan trafik di Sri

Aman dan bandar-bandar lain,” ujarnya

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat (MEITD) Datuk Francis Harden Hollis semasa merasmikan Program Pengangkut­an-Kesedaran Perubahan Sikap (T-ABC) Peringkat Bahagian Sri Aman di sini, kelmarin.

Katanya, kenaikan 17 peratus kes kemalangan di jalan raya pada tahun lalu berbanding statistik kes kemalangan pada 2022 di peringkat bahagian ini adalah petanda pentingnya langkah komunikasi berkesan dan mesej kempen antara MOTS melalui advokasi bersama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia

(PDRM) dan komuniti setempat.

“Kita berpendapa­t bahawa penekanan harus diberi kepada perubahan sikap dalam kalangan pengguna jalan raya dan pada masa sama meningkatk­an kesedaran dan memahami pentingnya mematuhi undang-undang jalan raya, di samping cuba menyelesai­kan masalah tersebut melalui transforma­si sistem pengangkut­an awam dan pembanguna­n jalan raya bandar,” jelasnya.

Rentetan daripada itu katanya, kementeria­nnya telah menjemput pelajar, wakil persatuan guru atau persatuan ibu bapa dan guru dari sekolah sekitar bahagian ini untuk menyertai program T-ABC.

“Menerusi kertas kerja yang akan dibentangk­an pada acara T-ABCini,kitaakanbe­rkongsi

maklumat dengan peserta tentang bagaimana kita dapat memainkan peranan masingmasi­ng dalam menyelesai­kan masalah kesesakan jalan raya khususnya di kawasan sekolah,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Charlie Keling, Ketua Bahagian Pengurusan Korporat MOTS Elvis Didit, Pegawai Tadbir Khas Sri Aman Developmen­t Agency (SADA) Datu Indit Bangai, Ketua Unit Keselamata­n Jalan Raya dan Komunikasi Korporat Jabatan Pengangkut­an Jalan Negeri Sarawak Christophe­r Alex, Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang, Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, Pegawai Daerah Pantu Langgong Wasam serta yang lain.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Barisan tetamu kehormat (duduk dari kiri) Indit, Elvis, Harden, Charlie dan Shariff bersama para peserta program kelmarin.
UNTUK ALBUM: Barisan tetamu kehormat (duduk dari kiri) Indit, Elvis, Harden, Charlie dan Shariff bersama para peserta program kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia