Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berada pada tangga teratas dalam carta statistik mangsa penipuan pekerjaan

-

Sarawak berada padatangga­teratasdal­amcarta statistik mangsa penipuan pekerjaan di Malaysia, menurut Pengarah Wilayah Sarawak Kementeria­n Luar Negeri Fenny Nuli.

Beliau berkata, angka ini sangat membimbang­kan dan susulan itu, pihaknya di Kementeria­n Luar Negeri berusaha sebaik mungkin untuk mencari kaedah dalam membantu menangani masalah sindiket penipuan pekerjaan membabitka­n rakyat Sarawak.

“Perkara sama turut disuarakan­dalamperju­mpaan saya semalam dengan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah sebagai usaha mengurangk­an jenayah ini daripada terus berlaku dan (pihak kami) bersedia bekerjasam­a dengan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Dato Sri Fatimah Abdullah,” katanya.

Fenny berkata demikian kepada pemberita selesai mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jafaar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana

Negeri, pagi semalam.

Beliau ketika kunjungan hormat tersebut memaklumka­n Tun Wan Junaidi serta isteri bahawa pejabatnya akan bekerjasam­a dengan beberapa agensi di Sarawak untuk mengadakan program kesedaran awam mengenai sindiket penipuan pekerjaan.

”Pejabat kami di Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar sentiasa terbuka untuk menerima sebarang bantuan dan pertanyaan sekiranya ada tawaran-tawaran bekerja di luar negeri.

”Saya juga berkongsi

pengalaman pernah terlibat sama membantu menyelamat­kan 16 orang mangsa dari Sarawak yang telah kembali ke sini iaitu kumpulan terakhir tiba pada 6 November 2023 daripada 43 orang rakyat Malaysia.

”Mereka merupakan mangsa penipuan pekerjaan tahun lepas di Lima, Peru semasa saya menjadi duta besar di sana,” katanya.

Mengulas lanjut, Fenny berkata bekerja di luar negeri tidaklah semanis seperti dijangkaka­n.

Menurutnya, budaya kerja luar pesisir atau ‘offshore’ merupakan salah satu faktor yang menarik perhatian orang Sarawak untuk bekerja di luar negeri.

”(Mereka) inginkan gaji besartapit­idakmengam­bilkira kos melibatkan tambang balik semula ke Malaysia, seperti kadar gaji yang diiklankan dalam (aplikasi) Telegram iaitu sekitar AS$1,000; ia tidak mencukupi,” ujar Fenny.

Fenny juga memaklumka­n bahawa Sarawak mempunyai banyak potensi pekerjaan dan peluang ini perlu dimanfaatk­an sebaik mungkin, namun anak Sarawak hendaklah memilih pekerjaan sesuai dengan kelayakan akademik.

Beliau turut mengingatk­an anak Sarawak agar tidak terperdaya dengan tawaran kerja, sebaliknya menyiasat latar belakang sesebuah negara yang menyediaka­n tawaran tersebut.

“Sebagai contoh, rakyat Peru sendiri banyak yang bekerja di negara lain, kenapa pula anak Sarawak perlu terima tawaran tersebut?

”Logik sebegini perlu ditanam dalam minda anak muda kerana mangsa-mangsa ini berusia dalam lingkungan umur 19 hingga 20-an.

“Kita tak mahu isu ini melarat sehingga ada dalam kalangan rakyat yang akan dijadikan keldai dadah suatu masa kelak,” tegas beliau.

Fenny turut memberitah­u, Tun Wan Junaidi mengambil berat dan maklum tentang perkara ini susulan beliau pernah menyertai delegasi Malaysia menyelamat­kan mangsa sindiket sama di Kembojayan­gjugamelib­atkan rakyat Sarawak.

Kementeria­n Luar Negeri katanya, bercadang untuk mengadakan ceramah kesedaran bersama pelajar universiti seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada bulan Mei dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkaitan isu diplomasi antarabang­sa,selainberk­ongsi pengalaman peribadi dalam misi menyelamat mangsa sindiket penipuan pekerjaan rakyat Malaysia khususnya dan Sarawak amnya.

Dalam interaksi ceramah yang akan diadakan nanti, Fenny berhasrat untuk memperkena­lkan Wisma Putra, Kementeria­n Luar Negeri, Diplomasi dan Rundingan Antarabang­sa serta banyak lagi.

 ?? — Gambar Penerangan ?? REAKSI: Fenny semasa ditemui media selepas sesi kunjungan hormat.
— Gambar Penerangan REAKSI: Fenny semasa ditemui media selepas sesi kunjungan hormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia