Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak sasar miliki 500,000 pekerja mahir

Dengan jumlah keseluruha­n 1,500,000 tenaga kerja menjelang 2030 melalui bantuan SWIS, kata Harden

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarka­n untuk memiliki 500,000 pekerja mahir dengan jumlah keseluruha­n 1,500,000 tenaga kerja menjelang 2030 melalui bantuan Sistem Maklumat Tenaga Kerja Sarawak (SWIS), kata Datuk Francis Harden Hollis.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat (MEITD) itu berkata, ia kerana Sarawak memerlukan pekerja terutama dalam sektor ekonomi utama termasuk tenaga diperbahar­ui.

Antaranya katanya, seperti hidrogen, solar dan kenderaan elektrik yang akan memainkan peranan penting untuk pembanguna­n negeri.

“Ketika kita mula bergerak ke arah pertumbuha­n ekonomi dan kemampanan, jelas sekali bahawa sektor ekonomi utama termasuk tenaga diperbahar­ui seperti hidrogen, suria dan kenderaan elektrik akan memainkan

peranan penting.

“Bagi memastikan negeri kita kekal di barisan hadapan dalam industri ini maka adalah penting untuk kita memupuk dan menghasilk­an kumpulan bakat yang betul.

“Jadi, di sinilah inisiatif seperti SWIS amat diperlukan,” katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus SWIS di Auditorium Sarawak

Skills di sini, semalam.

Menurut Harden, SWIS bukan sahaja membolehka­n Sarawak memahami trajektori semasa tetapi juga membolehka­n Sarawak melakar kursus berdasarka­n penyerahan data dalam talian untuk pembanguna­n tenaga kerja masa depan.

Ini kerana katanya, angka dan statistik sering memberi gambaran realiti yang jelas dan Sarawak mengiktira­f keperluan untuk data tepat mengenai tenaga kerja mahir di negeri ini.

“Data ini berfungsi sebagai asas di mana keputusan termaklum dan perancanga­n strategik boleh dibina,” katanya.

Beliau menambah, tujuan utama SWIS adalah untuk mengumpul data berkaitan landskap pekerjaan di negeri ini.

“Ia adalah sistem dalam talian berasaskan web untuk menangkap data bekalan dan permintaan tenaga kerja semasa serta unjuran bagi mengurangk­anpengangg­uran termasuk lebihan bekalan siswazah di peringkat institusi.

Katanya, sebagai contoh menurut Poket Statistik Q2 2023 dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Sarawak berada dalam lima teratas jumlah kekosongan jawatan mengikut negeri.

“Ia susulan terdapat 4,494 kekosongan jawatan pada suku pertama 2023 dan 4,275 pada suku keempat 2022 di negeri ini.

Soalnya, adakah ini kerana ketidakpad­anan atau kekurangan bekalan.

“Justeru dengan kewujudan SWIS, pengambila­n data adalah penting untuk Sarawak mengkaji, menganalis­is dan mengisi data bekalan serta permintaan untuk perancanga­n tenaga kerja bagi negeri ini,” katanya.

Beliau turut memberitah­u, MEITD sedang merancang memperting­katkan lagi SWIS bagi memberi manfaat kepada institusi dan pengguna industri apabila mendaftar dalam sistem pangkalan data itu.

“Misalnya, E-Certificat­e akan diberikan secara dalam talian kepada pengguna yang mempamerka­n komitmen mereka untuk memasukkan data ke dalam SWIS,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, akan wujud interaksi data penawaran serta permintaan antara kedua-dua institusi dan industri melalui e-mel pemberitah­uan manakala pengguna boleh melihat data tenaga kerja melalui papan pemuka statistik dalam SWIS.

“Sehubungan itu kata beliau, kementeria­nnya sedang dalam proses merangka dasar pendidikan tinggi percuma yang melibatkan enam institusi milik kerajaan.

“Ini akan memberi kesan besar kepada pengumpula­n data untuk SWIS terutama data bekalan yang akan disediakan kepada industri untuk peluang pekerjaan.

“Dengan memahami bagaimana bentuk pekerjaan merentasi pelbagai sektor, kita boleh merancang dan memperuntu­kkan sumber dengan berkesan untuk menangani sebarang jurang atau cabaran yang mungkin timbul,” katanya.

Untuk rekod, SWIS yang dibangunka­n oleh Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dijadualka­n siap tahun ini.

“Ketika kita mula bergerak ke arah pertumbuha­n ekonomi dan kemampanan, jelas sekali bahawa sektor ekonomi utama termasuk tenaga diperbahar­ui seperti hidrogen, suria dan kenderaan elektrik akan memainkan ” peranan penting. Datuk Francis Harden Hollis Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

 ?? ?? AMANAT: Harden ketika menyampaik­an ucapan pada Sesi Libat Urus SWIS di Auditorium Sarawak Skills di Kuching, semalam.
AMANAT: Harden ketika menyampaik­an ucapan pada Sesi Libat Urus SWIS di Auditorium Sarawak Skills di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia