Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Khidmat Miri jayakan siri program serahan baucar kepada pelajar sekolah

-

Sepanjang minggu lalu, pasukan Pusat Khidmat Miri telah menjayakan siri Program Serahan Baucar ‘Back to School’ 2024 di beberapa sekolah bagi membantu pelajar daripada golongan berpendapa­tan rendah dan kurang berkemampu­an.

Pasukan itu yang mewakili Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man telah mengadakan program berkenaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Krokop, SJKC North, Sekolah Kebangsaan (SK) St Joseph, SK Senadin serta penduduk di kawasan Tudan Desaras dan Kuala Baram, di sini.

Menurut Chiew, tujuan program ini adalah untuk menyerahka­n baucar kepada golongan yang memerlukan bagi membolehka­n mereka membeli peralatan sekolah untuk anak-anak mereka.

“Ia adalah satu inisiatif yang sangat penting bagi kami untuk memberi sokongan kepada keluarga kurang berkemampu­an dalam persediaan untuk tahun persekolah­an seterusnya.

“Pendidikan merupakan satu perkara yang amat dekat dengan hati saya.

“Dari pembanguna­n infrastruk­tur, kebajikan murid di kawasan setempat sehingga ke peringkat Dasar Pendidikan

Negara, saya memang aktif terlibat dan memberi sokongan penuh.

“Saya berharap anak-anak dapat menggunaka­n baucar yang diagihkan ini untuk mendapatka­n peralatan sekolah yang diperlukan.

“Saya berharap setiap anak dapat menghayati nilai-nilai pendidikan dengan baik dan meningkatk­an diri menerusi proses pembelajar­an.

“Semoga dengan itu, mereka dapat membantu meningkatk­an taraf hidup diri dan keluarga mereka,” tambahnya.

Pada masa yang sama,

Chiew juga berharap agar baucar itu dapat memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapa dalam persiapan untuk tahun persekolah­an anakanak mereka.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini, serta kepada Kampung Al-Junaid, Kuala Baram, Miri atas kerjasama yang diberikan.

“Semoga inisiatif seperti ini dapat terus membantu mereka yang memerlukan dalam masyarakat kita,” ujar Chiew lagi.

 ?? ?? BANTUAN: Pegawai Pusat Khidmat Miri yang mewakili Chiew menyerahka­n baucar ‘Back to School’ kepada guru besar SK St Joseph sambil disaksikan tenaga pengajar yang lain.
BANTUAN: Pegawai Pusat Khidmat Miri yang mewakili Chiew menyerahka­n baucar ‘Back to School’ kepada guru besar SK St Joseph sambil disaksikan tenaga pengajar yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia