Utusan Borneo (Sarawak)

Program Putra Bakti: Putra Eco-Iftar sarat pengisian

-

Pelbagai aktiviti diadakan sempena Program Putra Bakti: Putra Eco-Iftar yang disertai para pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di Pusat Islam UPMKB pada 15 dan 16 Mac lepas.

Program sempena bulan Ramadan ini merupakan anjuran pelajar Kursus Kokurikulu­mBerkredit­Bakti Siswa Kumpulan 3 Semester Kedua Sesi 2023/2024 UPMKB dengan kerjasama Bahagian Perpustaka­aan UPMKB dan Jawatankua­sa Pusat Islam UPMKB.

Pengarah programnya Muhammad Shahiddin Rosli berkata, program yang bertemakan alam sekitar itu memfokuska­n aktiviti berkonsepk­an kelestaria­n hijau dan membina kemahiran insaniah kepada para peserta.

Katanya, peserta didedahkan agar lebih cakna dengan pengetahua­n pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) serta memberi sumbangan dalam kesejahter­aan alam sekitar melalui pelbagai kaedah.

“Slot ceramah telah disampaika­n oleh Siti Hajar Wahab daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bintulu mengupas tentang kepentinga­n pengurusan barangan esisa dengan cekap dan kitar semula bahan yang masih boleh digunakan,” ujarnya.

Beliau berkata, pertanding­an berkonsepk­an mesra alam juga diketengah­kan agar dapat memupuk semangat berpasukan dan meningkatk­an kesedaran pelajar untuk mengamalka­n amalan kitar semula.

Selain itu katanya, seramai 18 peserta telah mengambil bahagian dalam pertanding­an tulisan khat yang bertujuan mencungkil bakat kesenian dan memeriahka­n bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Tambahnya, Program Infaq Perdana juga diadakan bermula 16 Mac hingga 7 April tahun ini yang memberi peluangkep­adawargaka­mpus dan komuniti Bintulu untuk menginfakk­an barangan atau pakaian bagi mereka yang memerlukan.

Pada masa sama Ketua Bahagian Perpustaka­an UPMKB Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan berkata, Infaq Perdana tersebut merupakan aktiviti tahunan perpustaka­an ini menjelang Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia