Utusan Borneo (Sarawak)

RIB 2024 perkasa usaha memerangi rabies

Orang ramai digalak hadir ke persidanga­n Rabies in Borneo 2024 di Hotel Imperial Kuching, 30 Sept-1 Oktober

-

KUCHING: Orang ramai digalakkan hadir ke persidanga­n Rabies in Borneo 2024 (RIB 2024) yang akan diadakan di Hotel Imperial Kuching dari 30 September hingga 1 Oktober nanti dalam membantu memperkasa­kan usaha memerangi rabies di Sarawak.

Empat bahagian tersebut adalah Kuching, Samarahan, Serian dan Bintulu sementara 35 kawasan itu merangkumi Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Miri (9) dan Limbang (2).

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak Datu Dr Adrian Susin Ambud berkata, ia susulan wabak rabies dilihat semakin membimbang­kan di negeri ini.

Menurut beliau, sejumlah empat bahagian (35 kawasan) di Sarawak telah diisytihar­kan sebagai kawasan jangkitan rabies setakat 4 Mac 2024.

“Empat bahagian tersebut adalah Kuching, Samarahan, Serian dan Bintulu sementara 35 kawasan itu merangkumi Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Miri (9) dan Limbang (2).

“Justeru, kita memerlukan usaha kolektif untuk mencegah rabies daripada terus merebak,” ujarnya menerusi satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Place Borneo Mona Abdul Manap berkata, statistik menunjukka­n sebanyak 123 haiwan telah diuji positif rabies setakat 4 Mac 2024.

Angka ini katanya, tidak menunjukka­n sebarang penurunan membabitka­n kes

Datu Dr Adrian Susin Ambud Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak

rabies di negeri ini.

“Sehubungan itu, RIB 2024 akan terus menjadi platform penting dan menerusiny­a pakar serta pihak berkepenti­ngan berkumpul untuk menangani cabaran berterusan yang ditimbulka­n oleh penyakit maut ini.

“Kita melihat nilai persidanga­n ini, ia bakal diteruskan jika isu ini masih menjadi ancaman kepada komuniti kita,” katanya.

Dengan tema ‘Bersama Menentang Rabies: Melindungi Haiwan, Menguatkua­sakan Undang-undang, Melibatkan Komuniti’, acara penting ini bertujuan mengumpulk­an pakar tempatan dan antarabang­sa, selain melibatkan diri dengan komuniti yang terjejas oleh rabies dalam usaha kolektif untuk memerangi dan menghapusk­an rabies di Sarawak.

RIB 2024 dianjurkan oleh Place Borneo Sdn Bhd bersama Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak dan disokong oleh Business Events Sarawak.

Harga awal yang bermula dari 20 Mac hingga 31 Mei 2024 adalah RM500 bagi setiap perwakilan dan selepas itu harga biasa ialah RM680.

Pelajar juga digalakkan untuk mengambil bahagian dan yuran yang dikenakan ialah RM100 bagi setiap pelajar.

RIB 2024 juga menyeru penaja dan pempamer untuk meningkatk­an jangkauan acara ini, selain mempelawa agensi, organisasi dan pihak berkepenti­ngan yang berkaitan mengambil bahagian secara aktif dan menyumbang kepada usaha kolektif dalam membasmi rabies di Sarawak.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang kemas kini, layari www.rabiesinbo­rneo. com dan ikuti RIB 2024 di Facebook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia