Utusan Borneo (Sarawak)

LAKU selenggara paip berhampira­n simpang Penjara Pusat Miri hari ini

-

Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) memaklumka­n pihaknya akan melakukan kerja penyelengg­araan paip berhampira­n Jalan Miri-Bintulu (Simpang Penjara Pusat Miri) hari ini.

Pengurus Kawasan LAKU Miri dalam satu kenyataan semalam berkata, kerjakerja penyelengg­araan paip akan bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.

Sehubungan itu, beberapa kawasan akan mengalami gangguan bekalan air sepanjang kerja penyelengg­araan dijalankan.

Antara kawasan yang akan terjejas iaitu tiada bekalan air adalah Sungai Dalam, Soon Hup Garden, Simpang 88, Taman Tunku,Taman Jelita, Taman Tung San,Taman

Da Sing, MDS Department­al Store dan Valley Golf Coast.

Turut terjejas Assar Commercial Centre, Balai Bomba Lopeng, Kawasan Perindustr­ian Eastwood, Milea Residence Fasa 1, Milea Residence Fasa 2, Taman Hilltop, SMK Baru Taman Tunku, SMK Riam, SK Temenggung Datuk Muip dan Poliklinik Taman Tunku.

Bagi kawasan yang akan mengalami tekanan air rendah ialah Bomba Lapangan Terbang Miri, Lapangan Terbang Miri, Kampung Riam Jaya, Jalan Sze Chuan 1, Jalan Sze Chuan 2, Jalan Sze Chuan 3 dan Jinhold Apartment.

Turut terjejas adalah Pusat Komersial Lapangan Terbang, Kem Sri Batalioan

Ke-20, kawasan perindustr­ian Emart, Taman Happy, Spring Riam, Taman Da Sing, Riam Middle School, Taman Pin Fook Gdn, Taman Sui Hiong, Taman Kancil, Taman Classic, Nasturium, Lembah Hijau, Kampung Lopeng, Grand Park, Tham Lim Garden dan Serene Villa.

Pengguna dinasihatk­an supaya menyimpan air dengan secukupnya namun sekiranya cuaca tidak mengizinka­n, kerja-kerja tersebut akan dijalankan pada masa yang sama pada hari berikutnya.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali, justeru pengguna boleh menghubung­i LAKU di talian 085-426626 dan 085-436626 untuk sebarang pertanyaan.

 ?? ?? AMBIL MAKLUM: LAKU akan melakukan kerja-kerja penyelengg­araan paip hari ini dan orang awam berdekatan dinasihatk­an menyimpan air secukupnya.
AMBIL MAKLUM: LAKU akan melakukan kerja-kerja penyelengg­araan paip hari ini dan orang awam berdekatan dinasihatk­an menyimpan air secukupnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia