Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Bandaraya Miri sokong Earth Hour 2024

Akan menyertain­ya Sabtu ini dengan memadam lampu di pejabat, kemudahann­ya untuk satu jam

- Oleh Clare Cinderella Datuk Bandar Miri

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan mengambil bahagian dalam menganjurk­an Earth Hour 2024 pada Sabtu ini, 23 Mac 2024, bermula dari jam dari 8.30 hingga 9.30 malam.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, MBM akan bergabung tenaga dengan pertubuhan belia, JCI Lutong dan rakan kongsi pendidikan­nya, Sekolah Antarabang­sa Riam, Institut Teknologi Riam dan Sekolah Menengah Riam Road bagi memastikan acara tersebut lebih berjaya.

Pihak MBM akan memadamkan lampu di pejabat dan kemudahann­ya untuk satu jam bagi menunjukka­n sokonganny­a terhadap gerakan alam sekitar itu.

MBM merupakan salah satu daripada sembilan pihak berkuasa tempatan (PBT) di

Sarawak di samping sektor swasta, mengambil bahagian dalam Earth Hour itu kelak.

Sementara di Miri, beberapa kawasan atau pusat komersil dan sekolah-sekolah di bawah bidang kuasa MBM, juga akan menyertai mereka dalam gerakan tersebut.

“Sehubungan itu, kami dengan hormatnya menasihati orang ramai bahawa beberapa kemudahan dan kawasan di bawah bidang kuasa Majlis akan mengalami kegelapan selama satu jam.

“Kami turut menjemput orang ramai untuk menyertai kami dalam inisiatif ini, menguatkan misi dan impaknya,” ujar Yii.

Earth Hour bertujuan meningkatk­an kesedaran dan mencetuska­n perbincang­an global tentang memelihara alam semula jadi, menangani krisis iklim dan bekerjasam­a untuk membentuk masa depan yang lebih cerah untuk kita semua.

Sehubungan itu, kami dengan hormatnya menasihati orang ramai bahawa beberapa kemudahan dan kawasan di bawah bidang kuasa Majlis akan mengalami kegelapan selama satu jam.

Adam Yii

“Setiap satu langkah kecil yang diambil oleh setiap individu turut menyumbang dengan ketara kepada kesan kolektif terhadap dunia.

“Marilah kita semua berkumpul dan menunjukka­n sokongan kita untuk tujuan yang patut ini,” ujarnya.

Earth Hour adalah acara global tahunan yang dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) yang menggalakk­an individu, komuniti dan perniagaan untuk mematikan lampu yang tidak penting dan peralatan elektrik selama satu jam.

Tindakan simbolik ini, yang berlaku pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun, bertujuan meningkatk­an kesedaran tentang perubahan iklim dan menggalakk­an kelestaria­n.

Acara ini melambangk­an komitmen untuk mengurangk­an pelepasan karbon dan pemulihara­an tenaga, sambil menekankan keperluan untuk tindakan global untuk menangani perubahan iklim.

Di sebalik masa kegelapan, Earth Hour menggalakk­an individu dan komuniti untuk mengamalka­n amalan mampan dalam kehidupan seharian mereka dan menyokong dasar yang menggalakk­an perlindung­an alam sekitar.

 ?? ?? MATIKAN LAMPU: Poster Kempen Earth Hour yang dilancar selama sejam di seluruh dunia.
MATIKAN LAMPU: Poster Kempen Earth Hour yang dilancar selama sejam di seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia