Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil tangga tapi enggan pulangkan kepada pemilik, lelaki kena bon menjaga keamanan

-

Seorang lelaki diperintah­kan oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin untuk menjalani bon menjaga keamanan selama enam bulan akibat mengambil sebuah tangga milik kenalan dan enggan memulangka­nnya.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhd Fareez Musa, 33, selepas dia mengaku bersalah sebaik didakwa mengikut Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah.

Berdasarka­n keterangan kes, seorang lelaki berusia 24 tahun (pengadu) menerima panggilan daripada rakannya pada 9 Mac 2024 yang memaklumka­n bahawa tangga disimpan pengadu di sebuah rumah di Taman Sukma, Petra Jaya di sini, telah diambil oleh orang dikenali (tertuduh).

Susulan itu, pengadu membuat laporan polis dan tertuduh kemudianny­a ditangkap pada 12 Mac 2024.

Hasil siasatan mendapati terdapat seorang saksi melihat perbuatan tertuduh yang mengambil tangga milik pengadu pada 9 Mac 2024, sekitar jam 11 pagi.

Saksi juga dilaporkan telah melarang tertuduh daripada melakukan perbuatan itu, namun tertuduh tidak mengendahk­annya dan terus beredar dengan menaiki sebuah kenderaan.

Siasatan turut mendapati pengadu ada menghubung­i tertuduh dan meminta tertuduh untuk mengembali­kan tangga miliknya, namun tertuduh enggan menuruti permintaan pengadu.

Malah, tertuduh menyatakan bahawa tangga berkenaan telah dijual ke sebuah kedai besi buruk.

Bagaimanap­un, tertuduh bertindak menyerahka­n semulatang­gatersebut­kepada pengadu setelah mengetahui pengadu membuat laporan polis.

Oleh itu difahamkan, sebagai langkah pencegahan supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi, tertuduh diperintah­kan untuk menyempurn­akan bon menjaga keamanan selama tempoh enam bulan.

Tertuduh tidak diwakili peguam. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia