Utusan Borneo (Sarawak)

Earth Hour Sabtu ini, MPS tutup lampu di 12 lokasi

-

Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) akan menutup lampu di 12 lokasi terpilih termasuk lampu jalan selama satu jam sempena Earth Hour pada Sabtu ini.

Lokasi terlibat ialah Pintu Gerbang Sibu dan lampu jalan Jalan Kampung Nyabor, Taman Ling, Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I, Pasar Sentral Sibu, Lembaga Pelabuhan Rajang, Wisma Sanyan (bahagian luaran) dan pejabat pengerusi MPS tingkat 23.

Turut terlibat ialah Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Laila Taib (KLT), Farley Supermarke­t, Sing Kwong Supermarke­t dan Perpustaka­an Awam MPS.

Pengerusi MPS Clarence Ting berkata, MPS akan turut menyertai program Earth Hour yang akan dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) bermula jam 7.30 petang hingga 9.30 malam.

“Tahun ini MBM menjadi tuan rumah bagi Earth Hour 2024 dan ia akan disiarkan secara langsung di Facebook Pengerusi MPS.

“Turut serta dalam program ini ialah MPS, Dewan Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Majlis Perbandara­n Padawan, Majlis Daerah Lawas, Majlis Daerah Limbang, Majlis Daerah Marudi, Majlis Daerah Sarikei dan Majlis Daerah Subis,” ujarnya.

Ketika ditemui pemberita pada sidang media semalam Ting berkata, program tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Ting menggesa orang ramai mengambil bahagian dalam program tersebut dengan menutup lampu yang tidak penting.

“Inilah (usaha secara) sukarela untuk menunjukka­n kepedulian kita terhadap bumi dan komitmen kita untuk menangani isu perubahan iklim.

“Tiada paksaan, jika anda boleh, matikan lampu.

“Saya juga ingin mengajak ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka tentang simbolik satu jam kerana perubahan iklim adalah nyata,” katanya.

Ting memberitah­u, MPS adalah yang pertama di Sarawak memulakan kempen Earth Hour pada tahun 2010.

Kempen itu berhenti pada 2020 dan 2021 disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kemudian pada 2022, kempenEart­hHourdilak­ukan secara maya.

Turut hadir pada sidang media ialah Timbalan Pengerusi MPS Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.

 ?? ?? JAYAKAN BERSAMA: Ting (tengah) dan Izkandar (tiga kiri) serta yang lain menunjukka­n poster Earth Hour 2024 pada sidang media semalam.
JAYAKAN BERSAMA: Ting (tengah) dan Izkandar (tiga kiri) serta yang lain menunjukka­n poster Earth Hour 2024 pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia