Utusan Borneo (Sarawak)

Program Repatriasi Migran: Lebih 10,000 PATI dihantar pulang ke negara asal

- PUTRAJAYA:

Sebanyak 11,943 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah dihantar pulang ke negara asal masingmasi­ng menerusi program Repatriasi Migran Jabatan Imigresen (JIM), kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, Ruslin berkata mereka telah selesai proses berkenaan selepas menjalani proses dokumentas­i dan pembayaran kompaun oleh kedutaan masingmasi­ng.

Beliau berkata kesemuanya adalah daripada 16,824 pendatang tanpa izin yang telah mendaftark­an diri dengan program Repatriasi Migran, sehingga semalam.

“Daripada jumlah yang didaftarka­n itu, 12,495 adalah lelaki, wanita (3,728), kanakkanak lelaki (310) dan kanakkanak perempuan (291).

“Indonesia merekodkan jumlah pendatang tanpa izin tertinggi yang mendaftark­an diri dengan program ini iaitu 7,782 orang diikuti Bangladesh (2,530), India (2,454) dan Pakistan (1,617),” katanya.

Berkaitan kes pengabaian majikan terhadap 94 warga Bangladesh, Ruslin berkata mereka telah diserahkan kepada majikan terbabit bagi urusan penempatan pekerjaan dan urusan permohonan pas lawatan kerja sementara (PLKS).

“Kita tak tahan pekerja ini, banyak pihak media tidak dapat maklumat jelas. Kita (JIM) bawa mereka ke rumah perlindung­an sebab mereka tidak menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Ada dalam kalangan mereka memiliki dokumen, ada yang belum dapat pas lagi dan dalam proses untuk mendapatka­n pas,” katanya.

Pada 27 Februari lepas, media melaporkan pihak berkuasa berjaya menyelamat­kan 94 pekerja warga

Bangladesh yang dilaporkan terabai tanpa disediakan pekerjaan dan penginapan yang kondusif oleh majikan sejak dibawa masuk ke negara ini pada November 2023 oleh sebuah syarikat pembinaan di Cheras, Selangor.

Dalam pada itu, Ruslin mengingatk­an majikan agar tidak memegang pasport milik pekerja mereka bagi mengelak sebarang kesulitan sekiranya pihak berkuasa menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap pekerja terbabit ketika berada di luar premis pekerjaan.

“Majikan sebenarnya tidak boleh memegang dokumen (pasport) pekerja tersebut, sebab setiap kali pemeriksaa­n kita, kita dapati ada dalam kalangan pekerja warga asing, dia tidak ada dokumen (bersama mereka) sedangkan dokumen itu ada tetapi dipegang oleh majikan. Sepatutnya (pasport) dipegang oleh mereka (pekerja),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia