Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan dicadang ganti Akta DBP 1959 dengan akta baharu

- — Bernama

Seorang Ahli Dewan Negara mencadangk­an agar kerajaan menggantik­an Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta DBP 1959) dengan akta baharu dalam usaha memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memperkasa­kan lagi peranan DBP.

Senator Datuk Seri Prof Emeritus Awang Sariyan berkata cadangan itu susulan Akta DBP 1959 sedia ada tidak mempunyai wewenang penguatkua­saan selain daripada menegur, menasihati dan membimbing.

“Kira-kira satu dekad hasrat itu disuarakan dan draf akta baharu telah pun disiapkan, maka amat penting rang undang-undang akta baharu itu dibentangk­an di Parlimen. Demikian juga, amat penting pengutamaa­n bahasa Melayu dalam sektor-sektor lain, terutama pendidikan, tempat awam, kehakiman dan media.

“Penegasan tentang Dasar Bahasa Kebangsaan tidak bererti penolakan mana-mana bahasa asing kerana setiap bahasa ada peranannya,” katanya ketika membahaska­n Usul Menjunjung Kasih Titah

Diraja di Dewan Negara semalam.

Awang berkata kerajaan juga perlu membuka ruang untuk melaksanak­an satu kajian penilaian yang tuntas tentang keberkesan­an pelaksanaa­n bahasa kebangsaan dalam pelbagai sektor.

Senator Datuk Mustafa Musa yang turut senada menyeru DBP, Kementeria­n Perpaduan Negara, Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi menggandak­an usaha agar fokus liputan bahan bacaan dan aktiviti menggunaka­n bahasa Melayu yang betul dan baku.

Malah katanya, usaha itu juga perlu dilipatgan­dakan dalam semua gerak kerja dan aktiviti termasuk urusan rasmi serta transaksi perniagaan utama.

“Saya juga menyeru Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menyalahgu­nakan bahasa dan menjadikan saluran media sebagai gelanggang propaganda perkauman yang boleh mencuit rasa dan perasaan rakyat Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia