Utusan Borneo (Sarawak)

Pengisian Program Rakan Muda perlu dijadikan agenda nasional

-

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pengisian program Rakan Muda dijadikan agenda nasional, dengan mengambil pendekatan menyeluruh bagi memastikan waktu lapang golongan belia diisi dengan aktiviti bermanfaat.

Beliau berkata program anjuran Rakan Muda perlu turut menjadi platform kepada pengukuhan intergrasi nasional dan perpaduan kaum.

Ahmad Zahid berkata beliau menekankan perkara itu, susulan penurunan skor Indeks Belia Malaysia daripada 48.49 peratus pada 2021 kepada 42.43 peratus pada 2022.

“Penurunan skor ini menunjukka­n bahawa belia kurang terlibat dengan aktiviti semasa waktu lapang. Jika perkara ini tidak diatasi, dikhuatiri belia melakukan perkara tidak berfaedah dan menjadi punca kepada kebejatan sosial,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarka­n selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Pembanguna­n Belia Bil 1/2024 di Parlimen, semalam.

Bagi pelaksanaa­n program Rakan Muda 2023, Ahmad Zahid berkata Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) telah mencapai penyertaan melebihi sasaran awal satu juta, dengan penyertaan seramai 1.11 juta peserta melalui 4,132 aktiviti.

Beliau berkata penyelaras­an yang lebih baik antara kementeria­n dan agensi diperlukan, bagi memastikan semua data program serta penyertaan program Rakan Muda dapat disatukan, untuk mencapai sasaran penyertaan secara fizikal dan digital sebanyak 11 juta tahun ini.

Ahmad Zahid berkata beliau turut mengambil maklum mengenai pelbagai isu yang dihadapi golongan belia dan memerlukan intervensi serta pelan pemerkasaa­n yang holistik, melibatkan sektor ekonomi serta sosial yang berpacukan data belia.

Beliau berkata antara isu yang dihadapi golongan belia ialah peluang pekerjaan, penyalahgu­naan dadah, pornografi, buli siber, kesihatan mental, kewangan, kenegaraan dan demokrasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia