Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu penguatkua­saan tegas turunkan harga beras

Penurunan harga BPI perlu berserta penguatkua­saan tegas bagi pastikan matlamat turunkan harga tercapai

- T. Saravanan Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA

KUALA LUMPUR: Penurunan harga Beras Putih Import (BPI) yang berkuat kuasa semalam, perlu dilaksanak­an bersekali dengan tindakan penguatkua­saan tegas bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.

Penguatkua­saan itu bukan sekadar memastikan penjual mematuhi harga yang telah ditetapkan, tetapi juga perlu melibatkan langkah sewajarnya bagi memastikan BPI yang dijual di Malaysia hanya untuk jualan di dalam negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) T. Saravanan berkata pihak berkaitan khususnya yang mengawal sempadan negara perlu lebih tegas bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan daripada penurunan harga itu.

“Ketika ini, harga beras di luar negara mencecah RM38 dan ia merupakan perbezaan harga yang ketara di negara kita (selepas penurunan harga). Kami khuatir ada pihak yang akan menjual semula dengan kaedah pembungkus­an semula serta penyeludup­an ke sempadan negara,” katanya.

Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumka­n

penurunan harga BPI antara RM2 hingga RM3 berkuat kuasa semalam, yang dimuktamad­kan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Ketua Jabatan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak Prof Madya Dr Zainizam Zakaria juga mahu melihat penurunan itu seiring dengan penguatkua­saan agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan menjual pada harga tidak ditetapkan.

Selain itu, Zainizam yang juga pensyarah Fakulti Pengurusan

dan Ekonomi UPSI berharap peniaga produk berasaskan beras dapat menurunkan harga barangan jualan mereka berdasarka­n penurunan harga yang telah diumumkan.

“Jika peniaga telah membeli stok dengan harga lama mungkin mereka tidak boleh menurunkan lagi harga produk, tetapi jika mereka membeli stok baharu yang lebih rendah, maka harga makanan berasaskan nasi boleh diturunkan bagi membantu pengguna berjimat kesan

daripada penurunan harga beras itu,” katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA) Datuk Seri Dr Jacob George juga berharap pihak berwajib melakukan pemantauan kerap terhadap penjual, serta menasihati pengguna supaya memainkan peranan dengan membeli hanya mengikut keperluan.

“Penurunan harga ini akan membawa hasil jika pengguna, khususnya mereka yang mempunyai kuasa beli tinggi tidak tamak membeli secara pukal atau borong sehingga menjejaska­n peluang membeli bagi golongan pertengaha­n dan mereka yang berpendapa­tan rendah.

“Jangan tamak dan jangan lakukan pembelian panik. Kita mesti berdisipli­n supaya matlamat penurunan harga ini, yang antara lain mahu meningkatk­an akses rakyat kepada bekalan beras membawa hasil,” katanya yang juga mencadangk­an supaya kuota pembelian dapat dilakukan, jika perlu.

Senada ialah Exco TugasTugas Khas Pertubuhan Persaudara­an Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Abdul Rashid Yob yang optimis bekalan beras dapat ditingkatk­an kerana penurunan harga itu membolehka­n “sedikit sebanyak orang akan membeli BPI”.

Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin berkata penurunan harga itu dapat membantu meringanka­n beban kewangan rakyat, walaupun harga Beras Putih Tempatan (BPT) masih lebih murah daripada BPI.

“Walaupun begitu, langkah berkenaan membantu mengatasi masalah kekurangan beras kerana kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada BPT, menyebabka­n perlu untuk mengimport beras bagi memenuhi keperluan domestik.

“Selain intervensi harga buat masa ini, kerajaan menggalas tanggungja­wab lebih besar iaitu mencari kaedah untuk mengoptimu­mkan pengeluara­n padi negara supaya bekalan BPT pada masa depan lebih terjamin,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penggerak Pengguna Johor Md SallehSadi­jopulameny­ifatkan langkah kerajaan MADANI menurunkan harga jualan runcit BPI menunjukka­n mereka mendengar keluhkesah rakyat dan sedikit sebanyak cuba membantu meringanka­n kos sara hidup dihadapi rakyat.

Pesara Abdul Rahman Ahmed, 79, dari Pengkalan Chepa, Kelantan berkata penurunan harga itu melegakann­ya kerana membantu keluargany­a yang pada kelaziman memerlukan lima kilogram beras setiap minggu.

Senada ialah suri rumah Haryati Mamat, 50, dari Sabak Bernam, Selangor yang menyifatka­n penurunan harga itu “sesuai pada masanya” kerana beras menjadi keperluan utama ramai orang sepanjang bulan Ramadan ini dan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Untuk persiapan hari raya kita juga banyak membeli beras. Selain ramai ahli keluarga balik berkumpul di kampung, ada juga juadah raya yang menggunaka­n beras. Rasa lega sedikit bila ada penguranga­n harga ini,” katanya. — Bernama

Ketika ini, harga beras di luar negara mencecah RM38 dan ia merupakan perbezaan harga yang ketara di negara kita (selepas penurunan harga). Kami khuatir ada pihak yang akan menjual semula dengan kaedah pembungkus­an semula serta penyeludup­an ke sempadan negara.

 ?? — Gambar Bernama ?? MAKANAN RUJI: Pekerja kedai runcit mengira Beras Putih Import (BPI) ketika tinjauan fotoBernam­a di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama MAKANAN RUJI: Pekerja kedai runcit mengira Beras Putih Import (BPI) ketika tinjauan fotoBernam­a di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia