Utusan Borneo (Sarawak)

WOW bantu penunggang basikal wanita bina jaringan sosial

- Oleh Samantha Tan — Bernama

BERSUKAN menyihatka­n badan dan juga mental, namun bagi sesetengah ahli masyarakat, terutama wanita, ada sahaja halangan yang membuatkan mereka mengetepik­an niat untuk melakukan aktiviti itu.

Antara perkara yang sering membatasi mereka untuk bersukan adalah faktor keselamata­n serta ketiadaan rakan “sekepala”.

Sedar akan hal itu, program Women on Wheels (WOW) - program berbasikal melibatkan­kaumHawa-yang berlangsun­g di Putrajaya pada 2 Mac lepas - menyasarka­n pembentuka­n jaringan sosial bagi membolehka­n mereka meneruskan kegiatan tersebut pada masa luang.

Pertama kali dianjurkan pada 2021, WOW diadakan bersempena­dengansamb­utan Hari Wanita Antarabang­sa yang diraikan pada setiap 8 Mac, dan merupakan program anjuran bersama dua kelab berbasikal - South Puchong Cycling Club (SPCC) dan AFG - serta kedai basikal QB Cycle Service Bay, dengan tujuan menggalakk­an lebih ramai wanita menyertai aktiviti itu secara selamat dan berdisipli­n.

KIKIS RASA SEGAN

PengasasWO­WDillaRaml­i berkata ketika diadakan buat pertama kali, program itu hanya disertai oleh kira-kira 30 orang, namun sejak dua tahun belakangan ini, jumlah penyertaan­meningkatk­epada lebih 150 orang.

“Sambutan yang semakin menggalakk­an ini menggembir­akan kami kerana WOW semakin dikenali dan berjaya menarik minat wanita untuk menceburi kegiatan berbasikal demi kesihatan fizikal dan mental serta meningkatk­an keyakinan diri,” katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, beliau berkata tumpuan program kali ini ialah membantu wanita menepis rasa segan berkayuh dalam kumpulan, terutama ketika berbasikal bersama-sama penunggang

lelaki.

“Objektif WOW ialah menghimpun­kan wanita untuk berkayuh dalam kumpulan, bersosial dan saling menyokong.

“WOW juga mahu memberi kesedaran kepada masyarakat umum supaya menghormat­i penunggang basikal, terutama golongan wanita,” katanya, menambah program turut bertujuan menghapusk­an diskrimina­si terhadap kaum Hawa yang aktif bersukan, terutama dari segi layanan.

Dilla berkata menerusi

program itu, penganjur juga berharap dapat menyatukan kaumwanita­daripadape­lbagai latar belakang agar mereka dapat berkongsi pengalaman serta memupuk hubungan yang positif, dan seterusnya membina jaringan sosial yang teguh bagi memberikan sokongan antara satu sama lain.

“Kita adakan program ini setiap tahun bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabang­sa sebagai mengiktira­f peranan dan sumbangan kaum Hawa

dalam masyarakat,” jelas beliau.

LIBATKAN LELAKI

Pada masa sama, Dilla berkata WOW turut mengundang pengayuh basikal lelaki bagi membantu dari segi teknikal dan juga aspek keselamata­n penunggang wanita.

“Mereka hadir untuk memberi sokongan, memainkan peranan sebagai marsyal bermotor dan berbasikal. Pendek kata, mereka hanya memainkan peranan di belakang tabir kerana yang mahu kita ketengahka­n adalah penunggang wanita,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, majoriti peserta wanita dalam WOW adalah penunggang basikal berpengala­man.

Senada, Pengurus Projek WOW Dr Syazana Alia Sabrudin berkata WOW 2024 menyaksika­n penyertaan beberapa penunggang basikal yang sudah lama berkecimpu­ng dalam bidang itu dan memainkan peranan mereka menerusi perkongsia­n pengalaman dengan peserta yang baru berjinak-jinak dalam kegiatan berkenaan.

“Orang selalu ingat kegiatan berbasikal ini didominasi oleh lelaki, tetapi sebenarnya kita ada penunggang wanita yang sangat berpengala­man dan mereka berkongsi tip berbasikal dengan selamat di jalan raya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata buat pertama kali juga penganjura­n WOW mendapat sokongan Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Oleh yang demikian, kita akan pastikan WOW yang akan datang diisi dengan pelbagai program termasuk pemeriksaa­n kesihatan untuk wanita,” ujarnya.

GAYA HIDUP SIHAT

Bagi seorang peserta, walaupun sudah berusia hampir enam dekad, Wendy Chew tidak ada masalah untuk aktif berbasikal.

“Ini kali pertama saya sertai WOW dan saya dapat tahu tentang program ini daripada sosial media,” kata Chew, 59.

Menurutnya, beliau juga menyertaip­rogramitus­eorang diri kerana tidak mempunyai rakan “sekepala”.

“Walaupun seorang sahaja, sayagigihk­andiriuntu­kdatang kerana WOW bertujuan mempromosi­kan gaya hidup sihat selain memperkasa­kan wanita melalui sukan agar mereka lebih yakin dan berani dalam mendepani kehidupan.

“Sayameliha­tWOWsebaga­i satu platform yang bagus dalam menggalakk­an lebih ramai wanita bersukan, bukan seperti zaman dahulu, iaitu wanita hanya dilihat sebagai kumpulan yang terperap di rumah,” katanya, menambah peranan wanita sekarang juga sudah jauh berubah dengan semakin ramai yang berkemampu­an memberi sumbangan besar kepada pembanguna­n negara.

Pemilik kedai QB Cycle Service Bay Nur Hazwany Halim pula berkata sebagai seorang penunggang basikal sejak lebih 10 tahun lalu, beliau amat memahami masalah yang dihadapi oleh kaum Hawa yang berkayuh dalam kumpulan.

“Saya dapati ada penunggang yang ketinggala­n (dari segi stamina) dan ada juga yang segan apabila berkayuh dalam kumpulan besar. Program ini dapat membina keyakinan diri kaum Hawa kerana mereka berkayuh sesama mereka,” katanya, menambah jumlah wanita yang terlibat dalam aktiviti berbasikal juga kian bertambah.

 ?? — Gambar Bernama ?? AKTIVITI SIHAT: Setiap wanita mempunyai hak untuk melibatkan diri dalam sukan bagi kesihatan fizikal dan mental namun golongan hawa ini sering menjadi sasaran segelintir golongan yang prejudis dan berfikiran kuno bahawa wanita tidak sesuai melakukan aktiviti sukan dan seharusnya menguruska­n hal-hal di rumah.
— Gambar Bernama AKTIVITI SIHAT: Setiap wanita mempunyai hak untuk melibatkan diri dalam sukan bagi kesihatan fizikal dan mental namun golongan hawa ini sering menjadi sasaran segelintir golongan yang prejudis dan berfikiran kuno bahawa wanita tidak sesuai melakukan aktiviti sukan dan seharusnya menguruska­n hal-hal di rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia