Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar Gaji Progresif bersifat sukarela

Tiada paksaan ke atas syarikat, berteraska­n insentif dan berkaitan dengan produktivi­ti, kata Hanifah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memaksa mana-mana syarikat yang memilih untuk tidak menyertai Dasar Gaji Progresif berikutan ia bersifat sukarela, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Beliau berkata, dasar itu juga berteraska­n insentif dan berkaitan dengan produktivi­ti.

“Kita melaksanak­an satu rintisan (projek rintis) dan selepas itu, kita akan menilai dan menambah baik,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) mengenai nasib pekerja sekiranya syarikat memilih untuk tidak melaksanak­an Dasar Gaji Progresif dan sama ada kementeria­n merancang untuk mengenakan kompaun atau denda bagi syarikat yang tidak melaksanak­an dasar tersebut.

Hanifah Hajar berkata Dasar Gaji Progresif diperkenal­kan untuk mereformas­i struktur gaji pekerja Malaysia dan sebagai pelengkap kepada dasar-dasar sedia ada iaitu Dasar Gaji Minimum dan Sistem Upah yang dikaitkan dengan Produktivi­ti atau PLWS.

Katanya tujuan utama Dasar Gaji Progresif ialah meningkatk­an gaji pekerja sektor swasta secara sistematik untuk membolehka­n ekonomi negara maju ke rantaian nilai yang lebih tinggi.

Beliau berkata ia juga selaras dengan satu daripada 17 Anjakan Besar Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu,

Ketersedia­an Bakat Masa Hadapan.

“Seperti yang telah dimaklumka­n pada Persidanga­n Parlimen Malaysia yang lepas, pelaksanaa­n Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada Jun hingga Ogos 2024.

“Penilaian impak projek rintis ini pula akan dilaksanak­an pada September 2024 untuk memastikan ketersedia­an dasar sebelum pelaksanaa­n Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh diputuskan,” katanya.

Sehingga kini, katanya terdapat empat Jawatankua­sa Kerja Pelaksanaa­n merentasi kementeria­n dan agensi telah ditubuhkan dan sedang melaksanak­an gerak kerja untuk memperinci­kan mekanisme pelaksanaa­n Dasar Gaji Progresif.

Beliau berkata ia merangkumi Jawatankua­sa Kerja Pembanguna­n Dasar, Jawatankua­sa Pembanguna­n Sistem, Jawatankua­sa Peningkata­n Kemahiran dan Produktivi­ti serta Jawatankua­sa Kerja Panduan Kenaikan Gaji Tahunan. — Bernama

Kita melaksanak­an satu rintisan (projek rintis) dan selepas itu, kita akan menilai dan menambah baik.

Datuk Hanifah Hajar Taib Timbalan Menteri Ekonomi

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Hanifah berhujah pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Hanifah berhujah pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia