Utusan Borneo (Sarawak)

NRES pantau rapat paras air di empangan sepanjang tempoh cuaca panas: Nik Nazmi

-

Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam (NRES) memantau rapi paras air di empangan di setiap negeri untuk melihat sekiranya pembenihan awan perlu dilakukan, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Kadang-kadang ada permintaan daripada pihak negeri untuk pembenihan awan, bila empangan tadahan (paras) air dah terlalu rendah, maka kita akan lihat sama ada sesuai dibuat atau tidak (pembenihan awan)... setakat ini belum ada permintaan lagi.

“Kita akan ambil kira beberapa faktor (sebelum membuat pembenihan awan) kerana kos terlibat adalah tinggi... maknanya bila kita buat operasi pembenihan awam, kita nak ia berhasil, kalau tak ia dibazirkan begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) antara

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Syarikat Megatrex Plastic Industries Sdn Bhd di sini semalam.

UTeM diwakili Naib Canselorny­a Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin bersama Dekan Fakulti Teknologi dan Kejurutera­an Industri dan Pembuatan (FTKILP) Prof Dr Hambali Ariff manakala Syarikat Megatrex Plastic Industries Sdn Bhd pula diwakili Pengarah Urusannya Datuk Lim Kah Chuan dan Ketua Pegawai Eksekutif Megatrex Johor Datuk Ayub Rahmat.

MoA itu merupakan kerjasama dalam bentuk penyelidik­an dan pengembang­an protokol klasifikas­i bahan buangan elektrik dan elektronik tidak berbahaya serta mekanisme kawalan hijau bagi perdaganga­n antarabang­sa yang merupakan satu langkah proaktif dan signifikan dalam membangun ekosistem kitar semula negara.

Mengulas mengenai MoA yang ditandatan­gani semalam Nik Nazmi berkata dapatan daripada penyelidik­an berkaitan bahan buangan elektrik dan elektronik akan dijadikan sebagai maklumat untuk kerajaan membangunk­an kerangka bagi dasar berkaitan bahan buangan tersebut di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata Malaysia dijangka mempunyai kira-kira 24.5 juta unit bahan buangan elektrik dan elektronik pada 2025 dan ia merupakan satu isu yang sangat serius untuk ditangani pada masa depan.

Katanya bagaimanap­un ia juga memberi peluang kepada negara untuk menjana pendapatan menerusi aktiviti ‘urban mining’ bagi mendapatka­n semula bahan-bahan logam dan nadir bumi yang terdapat di dalam barangan elektrik dan elektronik berkenaan.

“Ini merupakan salah satu alternatif kepada kaedah konvension­al yang (sebelum ini) memberi kesan besar kepada alam sekitar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Nik Nazmi semasa sidang media pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dengan Syarikat Megatrax Plastic Industries Sdn Bhd di Kampus Induk UTeM dekat Durian Tunggal, dekat Melaka semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Nik Nazmi semasa sidang media pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dengan Syarikat Megatrax Plastic Industries Sdn Bhd di Kampus Induk UTeM dekat Durian Tunggal, dekat Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia