Utusan Borneo (Sarawak)

Individu tidak kemas kini PADU mungkin tercicir terima bantuan dan subsidi

-

Ada kemungkina­n individu yang tidak mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata kerajaan bagaimanap­un boleh menggunaka­n alternatif seperti pengintegr­asian data pentadbira­n daripada pelbagai agensi sektor awam bagi menyalurka­n bantuan kepada individu terlibat.

Beliau berkata ini termasuk data pendaftara­n daripada kerajaan negeri dan tempatan serta agensi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang terdapat dalam PADU bagi membentuk data komprehens­if mengikut individu dan isi rumah.

“Hingga 12 Mac lepas PADU telah mengintegr­asikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehens­if. Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegar­a Malaysia.

“Oleh yang demikian, kerajaan memohon sokongan dan kerjasama semua pihak bagi meningkatk­an usaha mendaftar dalam sistem PADU,” katanya dalam sesi soal jawab di

Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) yang ingin tahu apakah terdapat alternatif buat individu yang tidak dapat mendaftar dalam PADU atas pelbagai sebab, dan apakah terdapat jaminan mereka tidak akan ketinggala­n daripada mendapatka­n kemudahan serta bantuan yang disediakan.

Mengulas lanjut Hanafiah berkata pendaftara­n PADU tidak diwajibkan tetapi digalakkan kepada warganegar­a berumur 18 tahun ke atas dan setakat kelmarin hampir 6.03 juta atau 27.4 peratus warganegar­a dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar sistem tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia