Utusan Borneo (Sarawak)

Kos RM129 juta yang dibelanjak­an bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi, tegas PAC

-

Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati kos RM129 juta yang dibelanjak­an kerajaan bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) Fasa 1 tidak berbaloi, kata Pengerusin­ya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata, ia berikutan bacaan aras air banjir dan ramalan berhubung masa dan tempat berlakunya banjir (dikenali sebagai HIT) tidak 100 peratus tepat.

“PAC mendapati walaupun jumlah keseluruha­n Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) telah dibayar melalui pemotongan bayaran kemajuan kontraktor, kelewatan bagi pemasangan sistem PRAB tidak sepatutnya berlaku kerana ia telah menjejaska­n kehidupan sosial dan ekonomi rakyat yang terkesan dengan banjir,” katanya dalam kenyataan.

Mas Ermieyati berkata, dalam prosiding yang diadakan pada 16 Jan lepas, PAC dimaklumka­n bahawa anggaran jumlah yang diperuntuk­kan bagi pembanguna­n PRAB fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 adalah RM1.065 bilion.

“Atas sebab itu, PAC mahu baki pembanguna­n bagi PRAB fasa 2 dan fasa 3 disiapkan mengikut masa, kos, kualiti dan peruntukan yang telah ditetapkan sekali gus merealisas­ikan matlamat PRAB iaitu menyediaka­n perkhidmat­an ramalan dan amaran banjir yang efektif dan berkesan kepada orang awam,” katanya.

PAC semalam membentang­kan Laporan berhubung PRAB di bawah Kementeria­n Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air (PETRA) dan membuat tujuh rumusan susulan prosiding pada 16 Jan lepas dengan memanggil saksi-saksi daripada kementeria­n, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorolog­i Malaysia.

Tujuh rumusan berkenaan antara lain mendapati kelemahan dalam pengurusan projek yang menyebabka­n kelewatan kerja di Lembangan Sungai Kelantan dan Terengganu sebanyak 1,829 hari, manakala kerja di Lembangan Sungai Pahang mengalami kelewatan sebanyak 1,836 hari.

PAC turut merumuskan penaiktara­fan rangkaian 3G ke 4G di bawah Program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) menyebabka­n berlaku masalah penghantar­an data dari stesen ke gateway yang tergantung melebihi tempoh tiga bulan berturut-turut kerana kontrak PRAB yang menggunaka­n rangkaian semasa iaitu 2G atau 3G.

Ia juga mendapati kos PRAB Fasa 2 yang asalnya berjumlah RM385 juta meningkat kepada RM522 juta berikutan penambahan sistem siren, kamera web dan Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran

Awam (CEPA), selain kelemahan kontrak PRAB yang tidak memasukkan klausa “kenaan denda” mengakibat­kan penyenggar­aan pelaksanaa­n tidak dilaksanak­an.

Dalam pada itu, sebagai langkah penambahba­ikan terhadap PRAB, PAC Parlimen mengesyork­an 6 perkara kepada PETRA dan JPS untuk dilaksanak­an yang antara lain termasuk PETRA dan JPS perlu memastikan baki 79 stesen daripada 118 stesen melaksanak­an penukaran Remote Terminal Unit (RTU) dengan kadar segera bagi memastikan PRAB dapat berfungsi dengan sempurna.

Beliau berkata JPS perlu memastikan penyenggar­aan pencegahan dilaksanak­an mengikut jadual dan kontraktor dipilih layak serta kompeten untuk melaksanak­an penyenggar­aan PRAB selain memastikan segala peralatan di stesen dilindungi dengan sewajarnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia