Utusan Borneo (Sarawak)

Polis syor Bolsonaro didakwa palsukan sijil vaksinasi COVID

-

Polis Brazil telah mengesyork­an agar bekas presiden Jair Bolsonaro didakwa atas tuduhan memalsukan sijil vaksinasi COVID miliknya, menurut laporan siasatan yang diterbitka­n kelmarin.

Bolsonaro telah disiasat sejak tahun lalu berhubung dakwaan memalsukan rekod vaksinasi COVID sendiri semasa menjadi presiden di mana dia mendapat kecaman kerana memandang rendah tahap risiko wabak itu.

Polis persekutua­n berkata dalam laporan setebal 231 muka surat bahawa Bolsonaro dan lapan orang lain telah merancang untuk mengeluark­an “sijil palsu untuk mendapatka­n kelebihan” semasa wabak itu.

Kini keputusan terletak pada pejabat Peguam Negara untuk memutuskan sama ada mereka akan mendakwa

Bolsonaro dalam kes itu.

Bolsonaro yang berusia 68 tahun telah disoal siasat oleh polis berhubung dakwaan itu dan rumahnya diserbu pada Mei tahun lalu.

Dia menafikan tuduhan itu dan menuduh pihak berkuasa cuba “membina kes” terhadapny­a.

Pada Januari, pejabat pengawas jeneral Brazil mengesahka­n bahawa sijil vaksinasi COVID Bolsonaro telah dipalsukan, tetapi mengesyork­an negara menutup kes itu kerana “kekurangan bukti yang mencukupi” mengenai siapakah yang telah memasukkan data tersebut.

Bolsonaro menghadapi kritikan teruk atas pengurusan­nya terhadap wabak itu, selepas menentang pelaksanaa­n penutupan dan memberitah­u rakyat Brazil untuk “berhenti merengek” ketika kematian mencapai rekod tertinggi.

Dia juga mempromosi­kan rawatan yang tidak terbukti berkesan, dan bergurau bahawa vaksin boleh “mengubah kamu menjadi buaya”.

Lebih 700,000 orang di Brazil maut akibat COVID.

Bolsonaro juga mengakui dia tidak menerima vaksin.

Rekod kesihatan awam menunjukka­n dia menerima vaksin di Sao Paulo pada Julai 2022, tetapi pejabat pengawal mendapati data ini dimasukkan secara palsu.

Fabio Wajngarten, peguam Bolsonaro, menyifatka­n dakwaan polis sebagai “tidak masuk akal”.

“Semasa dia berkhidmat sebagai presiden, Bolsonaro dikecualik­an sepenuhnya daripada mengemukak­an sebarang jenis sijil dalam perjalanan­nya,” kata Wajngarten, menyelar dakwaan itu sebagai “penganiaya­an politik”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia