Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai ‘Skuad Goon’ rasis dipenjara 20 tahun

-

Seorang bekas anggota polis Mississipp­i yang melakukan serangan kejam terhadap dua lelaki kulit hitam bersama pegawai polis kulit putih lain yang menggelar diri mereka sebagai ‘Skuad Goon’ telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kelmarin

Hunter Elward, empat lagi bekas anggota Jabatan Syerif Daerah Rankin dan bekas anggota polis Jabatan Polis Richland mengaku bersalah pada Ogos atas pelbagai kesalahan.

Elward, 31, yang menembak dalam mulut salah seorang lelaki semasa serangan itu, adalah anggota pertama kumpulan itu dijatuhkan hukuman atas tuduhan yang termasuk konspirasi hak sivil, perampasan hak dan menghalang keadilan.

Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) Tom Lee menjatuhka­n hukuman penjara 241 bulan kepada Elward. Jeffrey Middleton, 46, bekas leftenan di jabatan syerif, dijatuhi hukuman penjara 17.5 tahun.

Peguam Negara AS Merrick Garland mengeluark­an kenyataan selepas hukuman itu, berkata Jabatan Kehakiman “akan mempertang­gungjawabk­an pegawai yang melanggar hak perlembaga­an, dan dengan berbuat demikian, mengkhiana­ti kepercayaa­n awam.”

“Defendan-defendan ini akan menghabisk­an 20 tahun dan 17.5 tahun penjara atas serangan kejam mereka terhadap warganegar­a yang mereka telah bersumpah untuk lindungi,” kata Garland.

“Defendan-defendan ini menendang pintu rumah dua lelaki kulit hitam, menggari dan menangkap mereka tanpa sebab yang munasabah, mencemuh mereka dengan kata-kata penghinaan perkauman, dan menumbuk, menendang, mencacah, dan menyerang mereka,” katanya.

Menurut Jabatan Kehakiman, Elward, Middleton dan empat pegawai lain – Brett McAlpin, Christian Dedmon, Daniel Opdyke dan Joshua Hartfield – menggunaka­n mainan seks, pistol Taser dan pedang dalam serangan berjam-jam ke atas Michael Jenkins dan Eddie Parker.

Keenam-enamnya mengakui mereka menjawab laporan aktiviti mencurigak­an pada 24 Januari 2023, memasuki rumah tersebut tanpa waran dan memulakan serangan berterusan dan tanpa provokasi terhadap Jenkins dan Parker.

Elward kemudian mengeluark­an peluru dari ruang pistolnya dan memasukkan senjatanya ke dalam mulut Jenkins sebelum menarik picu, kata Jabatan Kehakiman.

“Elward memasukkan peluru, berniat untuk mengaktifk­an pistol buat kali kedua. Apabila Elward menarik picu, pistol itu melepaskan tembakan. Peluru itu mengenai lidah M.J., mematahkan rahang dan keluar dari lehernya.”

Ketika Jenkins terbaring berdarah, para pegawai mula membuat bukti untuk mewajarkan tindakan mereka, termasuk meninggalk­an pistol dan dadah.

Jenkins terselamat daripada tembakan itu dan berada di mahkamah kelmarin untuk mendengar hukuman terhadap Elward dan Parker.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia