Utusan Borneo (Sarawak)

Lori rempuh pusat pemeriksaa­n polis di Sepanyol, enam maut

-

Enam orang maut, dua daripadany­a pegawai polis, apabila sebuah lori besar merempuh pusat pemeriksaa­n polis di selatan Sepanyol kelmarin, menurut kerajaan tempatan.

Tiga lagi polis Guardia Civil turut cedera dalam kejadian yang berlaku sekitar 4.30 pagi di lebuh raya selatan Seville, kata polis.

Pusat pemeriksaa­n itu telah ditubuhkan sebagai operasi rutin polis untuk mencegah pengedaran dadah, kata kesatuan AEGC Guardia Civil.

Susulan kemalangan itu, pemandu itu ditahan, tetapi laporan media menyatakan dia telah diuji negatif untuk alkohol dan dadah.

Rafael Jimenez Onetti, ketua unit trafik polis kawasan itu, berkata empat orang awam dan dua pegawai polis maut dalam kemalangan melibatkan lori besar yang membawa sayur-sayuran, tiga kenderaan persendiri­an dan empat kereta polis.

“Kemalangan tidak disengajak­an, lori tiba di pusat pemeriksaa­n dan merempuh kereta yang berhenti di situ termasuk kenderaan polis,” katanya kepada pemberita.

Bercakap kepada televisyen awam, Pedro Carmona, yang merupakan ahli kesatuan sekerja lain, AUGC, berkata pemandu itu hilang kawalan ke atas lori itu dan merempuh kenderaan yang sedang menunggu di pusat pemeriksaa­n.

Katanya, ada pemandu kedua di dalam lori berkenaan yang ketika itu sedang tidur.

Francisco Toscano, seorang pegawai kerajaan pusat yang berpangkal­an di Seville, memberitah­u radio Cadena Ser bahawa pemandu itu kelihatan tertekan.

Kemalangan maut itu mencetuska­n beberapa ucapan takziah di media sosial X, dengan ketua wilayah Andalusia Juan Manuel Moreno meluahkan rasa sedih terhadap berita itu dan Perdana Menteri Pedro Sanchez melahirkan kasih sayang dan sokongan kepada keluarga dan mangsa yang cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia