Utusan Borneo (Sarawak)

Macron ikrar tangani krisis dadah di Marseille

Ribuan pegawai polis dikerahkan setiap minggu di Marseille dan kawasan sekitarnya: Media

-

MARSEILLE: Presiden Perancis Emmanuel Macron kelmarin berikrar akan melancarka­n “operasi yang belum pernah dijalankan sebelum ini” menentang kegiatan pengedaran dadah di Marseille semasa lawatan mengejut ke bandar pelabuhan selatan yang dicengkam pembunuhan oleh kumpulan samseng.

“Di Marseille dan bandar lain di Perancis, kami telah melancarka­n operasi yang belum pernah dijalankan sebelum ini untuk menghentik­an pengedaran dadah dan memastikan keamanan republik,” tulis Macron di media sosial X selepas tiba di bandar itu.

Operasi itu, menurut laporan akhbar, menyaksika­n ribuan polis dikerahkan setiap minggu untuk menamatkan krisis yang telah mengancam keselamata­n di Marseille dan merosakkan reputasiny­a.

Macron memulakan lawatannya dengan berjalan kaki di daerah utara La Castellane, bercakap dengan penduduk di kawasan yang telah menjadi salah satu kawasan paling teruk terjejas bahawa operasi itu akan “berlangsun­g beberapa minggu”.

“Matlamatny­a adalah untuk cuba memusnahka­n rangkaian dan penyeludup dan melenyapka­n orang yang menyusahka­n kehidupan

anda,” katanya.

Menurut berita harian Le Figaro, 4,000 pegawai polis akan digerakkan setiap minggu di Marseille dan kawasan

sekitarnya. Kira-kira 170 “sasaran” telah dikenal pasti.

Korban dalam perang untuk mengawal laluan perdaganga­n

lumayan di Marseille itu mencecah paras tertinggi baharu pada 2023, dengan 49 orang terbunuh – kebanyakan­nya pembunuhan berkaitan dadah – dan 123 orang cedera.

Empat daripada mereka yang terbunuh tidak mempunyai kaitan dengan perang dadah, secara tidak sengaja menjadi mangsa dalam tembak-menembak.

Operasi oleh pihak berkuasa Perancis itu dibuat selepas ketua geng dadah utama dari Marseille ditahan di Maghribi minggu lalu.

Felix Bingui, 33, ditahan di bandar pelabuhan Casablanca.

Bingui ialah ketua Yoda, salah satu geng dadah terbesar Marseille, yang telah terlibat dalam perang dengan puak utama lain yang dikenali sebagai DZ Mafia.

Menangani isu itu adalah penting bagi pihak berkuasa Perancis memandangk­an Marseille memegang peranan dalam Sukan Olimpik musim panas ini di ibu kota Paris.

Marseille dijangka untuk menyediaka­n latar belakang yang menakjubka­n selaku penganjur acara pelayaran Olimpik dan stadium legenda Velodrom juga akan menganjurk­an beberapa perlawanan dalam kejohanan bola sepak Olimpik. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERJAGA-JAGA: Pegawai polis dilihat berkawal semasa lawatan mengejut Macron ke Marseille yang dicengkam krisis pengedaran dadah dan pembunuhan oleh kumpulan samseng.
— Gambar AFP BERJAGA-JAGA: Pegawai polis dilihat berkawal semasa lawatan mengejut Macron ke Marseille yang dicengkam krisis pengedaran dadah dan pembunuhan oleh kumpulan samseng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia